Want your
own Fotopage?






 
Noor's FotoPage

By: Noor Yussoff

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]
Friday, 21-Mar-2008 06:28 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
View all 4 photos...


Lama dah tak beli purse baru sebab yang lama masih cantik dan tak jejas pon. Tapi yang ini kita punya birthday present....birthday dah lama berlalu baru sekarang kita dapat .Warna kesukaan di samping warna hitam dah banyak dah....dari handbag sampai kebaju kebanyakan warna hitam dan kelabu. Yang terang terang dah segan nak pakai sebab kita dan berbadan besar....kenalah tunggu saiz mengecil sikit pas buat exercise nanti. Sekarang berat masih lagi sama.

Tapi cupcake yang noor buat hari ini .....kita tak makan tapi buat di bawa ke rumah adik noor yang tinggal kat seberang jaya. Anak anak dia suka makan kek coklat.









Kali ini noor mengunakan lemon buttercream tapi nampaknya terlebih perwarna lah pulak..mulanya nak titiskan sedikit tapi jadi banyaklah pulak. Walaupun warna nya yang terang ...kena guna juga sebab sayang nak buang. lain kali kena hati hatilah.
Perfume nie pulak noor pesan dari kawan adik yang pergi ke LA tempohari, minta dia beli satu sebab dah kehabisan stok.
Walaupun tak selalu guna tapi rugi jugak kalau tak beli sebab harganya murah berbanding yang di jual kat sini.



Sunday, 16-Mar-2008 08:22 Email | Share | | Bookmark

 
 
 


Lama dah tak buat roti bun since hari ini sekolah dah bermula ketuharku kembali berasap dengan sajian roti lah. Mula ingat nak buat roti sardin tapi takut tak tahan kalau di buat bekal ke sekolah. Kira nasiblah jugak ternampak satu tin jagung manis setin...cukuplah . Last week tak dapat membuat aktiviti memasak sebab noor menjaga ayah di rumah sakit dan selepas keluar dari hospital noor bawa dia tinggal di rumah bagi tujuan merawat luka dan permakanan dia yang kena berpantang. maklumlah kalau di biarkan duduk di rumah sendiri, mereka akan buat kerja yang bukan bukan. lagipun doktor dah pun menulis senarai penjagaan serta permakanan harian selama tempoh 3 bulan.
Actually pembedahan mata untuk membuang selaputmata dan memasukan kanta ke lekap ke anak mata.merupakan pembedahan kecil tapi mempunyai implikasi yang besar jika tidak di jaga dengan sempurna.
Syukur abah noor dah sihat sekarang tapi dalam masa 3 bulan mendatang masih tidak boleh memandu dan buat kerja berat.



Nie lah roti yang telah siap di bakar
Bun Jagung Manis
Buns (from Peter Reinhart's The Bread Baker's Apprentice
Yang telah di ubah suai

Dough

6 1/2 tablespoons (3.25 ounces) granulated sugar
1 teaspoon salt
5 1/2 tablespoons (2.75 ounces) shortening or unsalted butter or margarine
1 large egg, slightly beaten
1 teaspoon lemon extract OR 1 teaspoon grated zest of 1 lemon
3 1/2 cups (16 ounces) unbleached bread or all-purpose flour
2 teaspoons instant yeast*
1 1/8 to 1 1/4 cups whole milk or buttermilk, at room temperature OR 3 tablespoons powdered milk (DMS) and 1 cup water

Note: benda nie tambah sendiri
1 teaspoon bread softener
1 teaspoon bread improver

Doh ini di uli mengunakan bread machine, jadi kesemua bahan di atas di campur dan di uli. Kemudian rehatkan doh sebentar dan bentuk sesuka hati.


Thursday, 13-Mar-2008 15:18 Email | Share | | Bookmark



Dalam minggu nie banyak kengkawan yang menyambut ulang tahun termasuklah diri sendiri...so terlewatlah noor nak mengupdatekan di sini. Anyway Kak NorShidah, semuga tabah menjalani kehidupan yang mendatang.
Sebenarnya minggu ini paling panjang sekali walaupun musim cuti sekolah serta ....deman pilihanraya yang lalu masih pedihnya.
Kadang kadang tertanya tanya pada diri sendiri apakah ini yang di cari oleh orang MELAYU. Melihat pada perkembangan semasa...risau dan sedih memikirkan nasib anak bangsa dimasa akan datang.
Persoalannya orang MELAYU masih tidur atau terlena dalam mimpi sendiri.
Sedihnya !!!!!!
Harap ambil iktibar dan belajar dari kesilapan serta buktikan lima tahun akan datang jangan ikut perasaan bila jalankan kewajipan mengundi . Fikir nasib anak bangsa yang akan tergadai selamanya di bumi sendiri.


Thursday, 6-Mar-2008 15:43 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
View all 4 photos...
Terima kasih buat semua kawan kawan siber yang sudi menitipkan sepatah dua kata sempena birthday kak noor yang telah pun berlalu.Semuga kawan kawan semua di berkati dan di rahmati jugak. Amin
Nie cupcake untuk semua....lemon poppy seed ...resepinya ada kat tepi ....dan credit pada empunya resepi yang di ambil dari blog loveliana.







Hadiah yang paling best sekali dan tak ternilai adalah erti persahabatan kita.



]



Quote:

Mamasya > seronoklah jugak sebab barang nie kita guna harian...tapi bila kita gunakan nanti teringatlah pada kengkawan kita.
Zira> cam biasa sajada hari MALAS jugak
Zai> Akak dah lawat....kira kira zai nie teror main bowling Akak selalu baling bola masuk longkang.
Umi-Kal>Sedapkan kalau kita taruh banyak lagi best anak noor suka nie.
Ana > Sebiji dah cukuplah nanti bdan meranalah pulak


Sunday, 2-Mar-2008 17:19 Email | Share | | Bookmark

 
 
 



Dah semakin matang ...tapi masih banyak perlu di pelajari...semakin usia meniti hari apa bekal yang ku bawa untuk esok hari
Syukur aku kepada Allah di atas apa yang telah Kau berikan kepada aku...hambamu. Amin
Kami sekeluarga keluar makan di restoren Sri Embun , Teluk ayer tawar. Lama dah kesana ...tak sempat pun ambik gambar sebab waktu kami makan tu hujan dah mula turun.Tapi kat sini kalau di waktu petang ramai sangat pelangan yang datang sebab sambil makan makan kita dapat melihat kilauan lampu neon di seberang pulau.
Lepas makan kena lah ... .







Kek birthday yang paling comot sekali...masa buat kek dah dah lepas tarikh , saja suka suka sebab dah lama tak makan kek coklat,tapi noor makan sekeping kecil saja.Mufin pulak untuk bekal sekolah Amirul.




[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net