Noor's FotoPage

By: Noor Yussoff

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 29-Nov-2006 06:44 Email | Share | Bookmark
-@@__@ Feeling good

 
 
Pagi ini cuaca begitu nyaman sekali dapat lah exercise berbasikat kat luar selalunya kena buat indoor saja. Kalau guna indoor equipment tu memang boring lihat tembok saja atau tv. Well finally dapat keluar hirup udara segar di pagi hari. Waktu pagi seawal 6.30 di sini tak sibuk lagi...lainlah jika dah jam 8.00 pagi orang ramai keluar rumah menuju ke tempat kerja. Time macam nie kurang senang sebab malu lah.... orang melihat kita berjogging. My neighbour hari ini tak dapat temankan so my hero bangun awal at least dah ada kawan. Dalam perjalanan pulang sempat juga membeli barang sedikit untuk di masak.
Hari ini sempat juga menyediakan nasi goreng sebab lapar dan goreng karipap sejuk beku yang di buat dua hari lepas.






Nasi Goreng Berlada

1 mangkuk nasi putih ( use leftover rice)
3 ekor ikan kembong goreng ( di ambil isinya)
2 biji telur ( di pukul sedikit)
5 biji cili padi ( di potong Kecil)
1 batang cellery
Sedikit lada hitam - di tumbuk kasar
Sedikit sos ikan

Bahan tumisan
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih


1. Panaskan sedikit minyak dan goreng telur sebentar dan keluarkan.
2. Tumiskan bawang,bawang putih hingga naik bau dan masukan ikan yang di ambil
isinya.
3. Kemudian masukan nasi di ikuti dengan telur dadar dan cili padi.
Goreng sebentar dan masukan sos ikan dan lada hitam.
Sebelum di angkat masukan batang cellery. Siap.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net