Noor's FotoPage

By: Noor Yussoff

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 28-Nov-2006 11:28 Email | Share | Bookmark
Hujan yang turun

 
Bila hujan turun perut terasa kosong bila dah di isi mata pun mengantuk. Cergas dan harus buat sesuatu selepas makan petang tadi jika tidak jadi malas. Mmmmm berkemaslah pulak di luas laman yang ada porch tu. Walaupun hujan di luar ....di situ tak kena air hujan sebab kita buat ruang rehat di waktu petang or bersantai minum teh kat luar.
Last weekend kita pergi kenduri kahwin kawan adik. Best sangat sebab tempat tu nun jauh di pendalaman. Seronok dapat lihat rumah malayu tradisional dan suasana macam waktu kita kecik dulu. Masih ada bergotong royong untuk menyediakan jamuan. Sungguh berbeza dari kawasan bandar sementara hidangan makanan di masak secara resepi kampung . Satu hari yang indah dan mengembirakan.



MEE JAWA
Bahan-Bahan:

1 kg mee kuning (dicelur)
1/2 kg. daging [rebus lembut dan hiris nipis]
300gm tauge (buangkan kakinya)
2 tangkai daun bawang (dihiris)
5 biji cili merah (dihiris)
3 keping tauhu goreng (dihiris nipis)
3 biji telur rebus (dibelah)
3 biji limau nipis (dibelah)
Sedikit bawang goreng

Bahan Kuah:

1/2 kg keledek (direbus & dikisar)
3 ulas bawang putih ]
5 ulas bawang merah ]
3 batang serai ] mesin halus
Sedikit halia ]
sedikit lengkuas ]
230 gm udang kering ]
2 s/b cili kisar
2 s/b serbuk kari daging
air rebusan daging
Sedikit garam
Sedikit minyak masak
Sedikit gula

Caranya:

1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dimesin, rempah & cili kisar hingga garing.
2. Masukkan keledek. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan.
3. Akhir sekali, masukkan garam & gula. Biarkan hingga kuah mendidih.
4. Angkat dan hidangkan dgn bahan yg dihiris
Quote:

>>Jama>> Rasanya seakan akan>>
>>Nabialishad>> Akak rasa jika kita bubuh tepung goreng tu tujuan nya untuk memekatkan kuah kan. Tapi
bila guna ubi keledek untuk mendapat kepekatan kuah dan rasanya manis sedikit.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net