Noor's FotoPage

By: Noor Yussoff

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 9-Nov-2006 11:44 Email | Share | Bookmark

 
 


Menu makan tengahari ini adalah Nasi Ayam kesukaan Amirul. Nasi ayam nie boleh tahan jugak sedapnya jika di bandingkan dengan resepi yang kukus.

Nasi ayam

Nasi

1 cawan beras
2 cm halia di titik
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 helai daun pandan
Garam
Air rebusan ayam secukupnya
Minyak bijan

Cara memasaknya
1. Panaskan minyak bijan dan tumis bawang merah,bawang putih mhalia dan daun pandan.
2. Kemudian masukan air rebusan ayam. Biarkan mendidih.
3. Setelah itu masuka beras dan masak nasi seperti biasa.

Sambal Cili
Bahan bahan
5 biji cili merah
2 cm halia
1 ulas bawang putih
½ sudu cuka
Garam dan gula secukup rasa.
Minyak

Cara membuatnya
1.Tumis bawang putih dan cili merah sehingga berbau harum.
2.Kemudian masukan cuka
3.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

Sambal Kicap
Bahan bahannya
5 sudu makan kicap cair
2 ulas bawang putih
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan minyak bijan
1 sos tiram
Sedikit air rebusan ayam
Garam secukup rasa.
Minyak.

Cara penyediaan
1.Tumis bawang putih sehingga berbau harum
2.kemudian masukan kicap pekat dan kicap cair bersama sos tiram.
3.Masukan air rebusan ayam dan biarkan mendidih.
4.Perasakan dan sedia untuk di hidang.


Sup
1 ekor ayam
100 gm lobak merah
100 gm celery di hiris
50 gm daun sup
50 gm daun bawang
100 gm leek
3 biji bawang merah di mayang
2 ulas bawang putih
2 cm halia di titik
Minyak

Cara membuatnya
1.Tumis bawang putih , halia dan bawang merah sehingga berbau
2.Kemudian masukan air secukupnya
3.masukan lobak merah,leek,celery,daun bawang dan daun sup
4.masukan juga awam. Rebus selama 35 minit.
5.perasakan dan sedia untuk di hiding


Ayam Goreng

1 ekor ayam
5 sudu makan kicap cair
2 ulas bawang putih
1 sudu kicap pekat
1 sudu makan minyak bijan
1 sudu makan soso tiram
Lada sulah
Minyak

Cara membuatnya

1.Rebus ayam terlabih dahulu dan air rebusan ayam digunakan untuk membuat sup.
2.Kemudian gaul semua bahan dan sapukan keseluruh ayam.
3.perapkan selama 30 minit dan goreng.


Koleksi Rasa nov 2006


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net