Noor's FotoPage

By: Noor Yussoff

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 20-Oct-2006 12:27 Email | Share | Bookmark

 
 
 

Selamat Menyambut Adil Fitri buat semua yang melawati Fp ini.
Bila dah semakin hampir ke penghujung ramadhan barulah sibuk dengan pelbagai biskut ...masa masa ini sibuk juga mencari resepi yang sesuai untuk di jadikan santapan keluarga. Noor sempat membuat beberapa jenis cookies saja sebab saban hari membuat tempahan biskut tart gulung untuk rakan rakan terdekat saja sebab mereka nie dah minta tolong buatkan. Kalau nak bisnes besar besar tu tak termampu nak buat lagi pun bila kita membuat biskut yang sama dalam kuantiti yang banyak terasa bosan pula.....

Biskut Jejari Koko

Bahan bahan

250 gm tepung gandum
90 gm mentega
90 gm gula castor
65 gm gula perang
65 gm serbuk koko
½ biji telur
Sedikit serbuk penaik
Sedikit garam
Hiasan coklat putih cair

Cara membuatnya

1. Pukul mentega bersama gula dan gula perang sehingga sebati.
2. Masukan telur dan pukul lagi.
3. Kemudian masukan tepung yang telah di ayak bersama serbuk koko dan serbuk penaik.
Gaul rata.
4. Rehatkan adunan selama 10 minit dan kemudian canai dan terapkan dengan acuan .
5. Bakar pada suhu 180oc selama 10-15 minit. Setelah sejuk hiaskan dengan coklat putih cair.

Majalah Rasa Oct 2005







View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net