Noor's FotoPage

By: Noor Yussoff

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 8-Oct-2006 15:18 Email | Share | Bookmark

 
 


Hidangan hari ini merupakan masakan ibu Noor. Selalunya roti ini di sediakan bila ada kenduri . Tak tahulah asalnya dari mana tapi rasanya seakan akan roti jala saja. Ibu selalu membuat roti kerca sebab Abah Noor suka makan selepas pulang sembahyang.




Inilah di antara hidangan yang sempat di buat. Selalunya bila hari minggu ini adik Noor yang ada di Seberang Jaya selalu datang kerumah untuk berbuka jadi kenalah masak lebih sedikit. Alhamdulilah Amirul tahun ini rajin berpuasa berbanding tahun lalu hanya setengah hari. Di sebabkan nak melayan dia kenalah masak makanan kesukaan dia selalunya Ayam goreng.
Bila melihat keadaan dia kesian juga bila pulang dari sekolah nampak keletihan tapi bila di tanya, pantas dia masih dapat bertahan. Sekarang nie dia agak sibuk dengan kelas tuition yang timenya telah bertukar iaitu jan 8 malam isnin dan khamis. Next week dapatlah dia relax sedikit sebab selepas exam penggal terakhir. Selalu juga pujuk dia jangan ponteng kelas malam maklumlah bila dah minum air banyak waktu berbuka mata pun dah mengantuk.

Quote:
Roti Kerca

Bahan roti
1/2 kilo tepung gandum
3 biji telur
sedikit garam
Air secukupnya
sedikit mejerin

Penyediaan;
1.Campurkan bancuhan tepung gandum dengan sedikit air, telur dan
sedikit garan. Kisar hingga sebati.

2. sapukan sedikit majerin pada kuali leper bila panas isikan sesenduk
adunan tadi.

3. Lenggangkan isi adunan dan biarkan berbentuk seperti lempeng.(macam buat kuih dadar )

4. Setelah masak keemasan angkat dan gulungkan.

5. Guntingkan sebelum di hidangkan bersama kuih kari ayam atau daging.

p/s Mama ....senang nak buat roti nie


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net