Noor's FotoPage

By: Noor Yussoff

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 26-Sep-2006 04:21 Email | Share | Bookmark
Selamat Datang Ramadhan

 
 
 
 
Rasanya belum terlewat lagi untuk mengucapkan selamat berpuasa. Hari ini dah masuk tiga hari kita berpuasa. Hari yang pertama tu ..relax aje ...kita berbuka di kedai.
Kelmarin baru routine memasak dah mula.
Seingat ingat nie tahun ketiga Noor tidak berkerja teringat kembali waktu waktu masa berkerja dulu.
Tak pernah makan masakan sendiri bila berbuka selalunya waktu berbuka singgah di kedai saja.
Kadang kala dalam perjalanan hanya sempat minum air kotak yang di sediakan majikan. Lepas orang dah berbuka barulah tercari cari kedai yang masih menjual nasi. Itulah kenangan lalu .
This year anak Noor dah mula berpuasa pebuh selalunya hanya setengah hari saja.
Bermacam macam lauk yang di minta masak ...tapi sebab nak melayan dia kenalah buat juga.

[b]Nasi Beriani[/b]

1 kg beras basmathi
1 tin susu cair
Sedikit daun bawang
Daun pudina dan
Daun ketumbar
2 tangkai cili hijau
3 ulas bawang besar
2 sm halia
Minyak untuk menumis

Cara membuatnya
1.Lada hijau, bawang besar dan halia di mayang halus
2.Panaskan minyak yang di perolehi daripada ayam dan tumis bawang besar,halia dan cili hijau yang di kisar.
3.Tuangkan air dan biarkan mendidih. Masukan beras yang telah di tuskan sehingga masak.
4.Taburkan kismis, air mawar dan perwarna kuning. Gaulkan hingga rata dan bolehlah di hidangan bersama ayam
.


Beraini Ayam
Seekor ayam di potong empat atau 8.
1 sudu rempah ketumbar
½ sudu kecil jintan manis
½ sudu kecil jintan putih
½ sudu kecil sajira (jintan halus)
3 kuntum bungga lawang dikisar/
3 kuntum bunga cengkih dimesin
5 biji buah pelaga
2 sm kulit kayu manis
¼ buah pala
15 tangkai cili hijau
1 sudu kecil lada putih
3 sudu kecil cili boh
1 sudu kecil tomato puri
3 biji tomato – dipotong
2 sm halia- digoreng
1 cawan tairu
Sedikit badam di mesin halus, kismis, susu dan madu lebah.

Cara membuatnya

1.Goreng ayam sehingga setengah masak.

2.Hiris cili hijau, bawang merah dan bawang besar.

3.Panaskan minyak dan tumis bahan tersebut hingga berbau dan masukan bahan giling, cili boh, cili hijau, tomato buah, kismis, halia hiris, tomato puri, badam dan tairu.

4.Masukan ayam, susu madu lebah dan garam secukup rasa. Masak ayam hingga mengeluarkan minyak. Simpan minyak untuk menumis nasi.






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net