Noor's FotoPage

By: Noor Yussoff

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 6-Jul-2006 15:31 Email | Share | Bookmark
Biskut Favourite

 
 
Selalunya bila nak Hari Raya barulah sibuk nak buat biscuit. Tapi ari nie terasa nak makan something yang sedap dan juga ringkas lagi murah belanja. So biscuit nie lah jadi pilihan .
Resepi ini Kak Noor perolehi dalam majalah rapi namanya ringkas. Kadang kadang majalah nie dapat juga sedikit sebanyak resepi yang kurang berlemak khusus untuk menjaga badan.

Bila dah siap biscuit nie sedap jugak rasanya. Cuba lah try...mana tahu boleh dibuat koleksi kuih raya.


Biskut Favourite

130 g butter
½ tsb vanilla esen
120 gm tepung gandum
120 gm tepung jagung
40 gm gula ising
1 biji kuning telur ( hiasan )
Coklat masakan

Penyediaan :

Putar butter, gula ising dan esen vanilla sampai kembang. Kemudian, masukan tepung jagung dan gandum sehingga sebati.
Uli adunan hingga menjadi doh.
Canai dan terap dengan mengunakan acuan berbentuk hati.
Sapukan kuning telur di atasnya dan bakar pada suhu 160 selama 14 minit .
Sejukan dan gliskan dengan coklat masakan .

Yang ini adalah Donut untuk anak Kak Noor bawa bekal sekolah esuk pagi.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net