Noor's FotoPage

By: Noor Yussoff

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 12-Jun-2006 07:23 Email | Share | Bookmark
Daging Rendang Hitam

 
Agak lama juga Noor tidak update kerana sibuk bila cuti sekolah. Hampir setiap hari ada kenduri. Boleh di katakan hampir selang sehari kita sekeluarga makan kenduri jadi tak sempat memasak. Selalunya waktu malam kita jarang makan nasi. So hari ini sekolah dah pun bermula jadi dapur pun mula berasap la. Menu daging rendang hitam ini merupakan kesukaan kita sekeluarga. kalau pergi ke kedai nasi kandar pasti yang ini mesti beli.
Di sebabkan suka so Noor pun sibuklah tercari cari resepi ini. Akhirnya dapat juga.
Daging ini sedap di makan bersama semua jenis nasi .
Tapi hari ini sempat masak nasi putih ,ikan kembung belah belakang dan di taruh pes tomyam, sup sayur. Satu hidangan yang simple dan ekonomi. Maklumlah sekarang ini semua barang naik naik dan tidak akan turun.



Daging Rendang Hitam
500g daging
20 tangkai cili kering *dikisar
4 cm halia
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2 batang serai di tindik
3 sudu besar kicap pekat
sedikit minyak untuk menumis
1 tsb cuka
sedikit garam dan gula.
daun pandan untuk wangi ( jika suka )

Bahan tumis:
4 ulas bawang kecil di hiris
1 kulit kayu manis
3 tangkai bunga lawang
3 biji buah pelaga

Cara Penyediaannya,

Cili kering, halia ,bawang besar dan bawang putih di kisar halus. Panaskan minyak serta tumis
bawang kecil yang di hiris bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga
berbau wangi. Masukan adunan cili yang di kisar tadi serta biarkan sehingga hilang bau cili,
masukan daging yang telah di potong kecil dan serai.
Tambahkan sedikit air , kicap tunggu sehingga daging empuk. Masukan cuka , gula dan garam
mengikut selera.
Biarkan sehingga kuah agak pekat sedikit. Sedia di hidangkan.






Quote:
Sorry ye my pic tak brapa clear sebab masa i snap pic tu hidangan masih berasap....panas.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net