Noor's FotoPage

By: Noor Yussoff

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 4-Jun-2006 12:49 Email | Share | Bookmark
Velvet Cake

 
 


Kek ini di buat untuk satu hari yang Special. Sebab itu warna nya MERAH sekali. Mula nya lihat resepi nie tak dapat nak bayangkan dengan warna kek yang garang ini. Namun bila di fikirkan ya lah merah lambangnya cinta. So rasanya sesuailah. Texture kek ini sangat lembut dan sedap juga. Resepi kek ini di ambil dari majalah Rapi.



Quote:
Kek Velvet

Bahan bahan

250g Butter
180g gula perang
5 Biji telur
2 sudu susu sejat
200g tepung berserbuk penaik
50g tepung high protein
2 sudu perwarna merah
1 sudu kecil esen vanilla
krim mentega secukupnya ( hiasan)
Hirisan buah peach
Coklat urai


Cara Pneyediaan.
Pukul butter dan gula sehingga kembang, masukan telur satu persatu, diselang seli dengan tepung.
Masukan esen vanilla , susu dan perwarna. Sebatikan adunan.
Tuang kedalam acuan yang telah di alas dengan kertas minyak dan baker pada 180oc selama 45 minit.
Sejukan kek dan di potong menjadi tiga lapis dan lapiskan dengan krim dan juga hirisan buah peach. Coklat urai di bahagian tepi kek.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net