Noor's FotoPage

By: Noor Yussoff

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 23-May-2006 08:11 Email | Share | Bookmark
Plain Scones

 
 
 


Hari ini noor mencuba buat Scones untuk minum petang. Ada bermacam macam juga resepi scones nie tapi hari ini nak cuba buat yang plain dulu. Next project baru cuba buat yang ada kismis. Scones nie mengingatkan pada Cameron highland tempoh hari. sewaktu sampai saja kami tiga keluarga singgah makan di satu Cafe tidak jauh dari Hotel Equatorial. Waktu itu hujan gerimis apa lagi perut pun lapar. Di cafe itu kebetulan orang pun agak ramai maklum lah semua orang pun lapar jugap agaknya, seperti kami.
Di situ ada di jual pelbagai jenis snack, bread piza, cokies,cake dan scones. 2 keping berharga Rm4.90.
Sedap juga sewaktu panas panas dan secawan teh berperisa lemon.
Ahhhh sedapnya.

Resepi ini noor ambil dari majalah Rapi keluaran 15 mei .

Plain Scones

Bahan bahan:

2 cawan tepung biasa ( atau tepung all purpose )
½ sudu the soda bikarbonat
1 sudu the krim tartar
¼ cawan mentega atau majerin
2 sudu besar susu
2 sudu besar air
secubit garam

Cara Penyediaannya
1.Masukan garam, soda bikarbonat dan krim tartar ke dalam tepung. Gaul sebati. Tambahkan mentega atau majerin.

2.Perlahan lahan masukan susu dan air. Gaul sebati sehingga doh menjadi lembut.

3.Canai doh di atas alas yang telah di tabur sedikit tepung. Bentukkan scones mengikut citarasa anda.

4.Letakkan scones di atas dulang pembakar yang telah di lenserkan dengan sedikit mentega.

5.Bakar pada kepanasan 230 darjah Celsius lebih kurang 10 minit.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net