Noor's FotoPage

By: Noor Yussoff

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 6-May-2006 07:32 Email | Share | Bookmark
Ayam Rempah goreng tepung

Ayam Rempah Goreng Tepung
Tupah
Tupah



Yesterday cuaca begitu panas sekali. Ketika ini cuaca tidak menentu sekejap panas dan sekejap hujan.
Jadi kenalah mandi banyak selepas buat kerja rumah sebab badan agak berpeluh. So kita satu family pun pergi awal pagi ke Tupah untuk menyejukan badan. Berendam lama lama dalam air bukit yang sejuk.....tak ada pencemaran lagi. Airnya yang deras dan tidak dalam merupakan tempat yang selamat untuk family bermandi manda.
So preparation untuk lunch hari ini simple saja iaitu ayam goreng rempah, udang sambal dan nasi tomato. Amirul sangat suka ayam goreng ini sebab ianya ranggup.

Ayam Rempah Goreng Tepung

Bahan bahan
1 ekor ayam

Bahan rempah
5 ulas bawang putih ( dikisar)
2 cm halia ( dikisar )
2 bji telur
5 biji buah keras ( dikisar )
15 gm rempah daging
50 gm tepung jagung
50 gm tepung beras
Sedikit air
Minyak untuk mengoreng
Garam

Cara penyediaan

Ayam dicuci bersih dan tuskan. Kemudian satukan kesemua bahan rempah. Gaul dan perapkan ayam dengan rempah. Gaul dan perap kan ayam selama tiga jam. Panaskan minyak dan goring ayam dengan api perlahan sehingga masak.

Ayam ini sedap di makan ketika panas….crunchy




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net