Noor's FotoPage

By: Noor Yussoff

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 3-May-2006 13:16 Email | Share | Bookmark
Tauhu berisi ikan

 
Hari ini dah tak ada idea untuk menu hari ini. Nasib abang ada belikan majalah saji bulan ini......terjumpa satu resepi yang paling senang iaitu Tauhu Berisi ...tapi yang di dalam majalah itu isinya udang , tapi noor sesuaikan dengan ikan. Sebab sejak kebelakangan ini hampir setiap dua hari masak udang ...takut juga kolesterol tinggi.
Hasilnya sedap juga......cubalah baru tahu.


Tauhu Berisi Ikan


Bahan bahannya

6 biji tauhu di belah dua
300 gm isi ikan kembung
1 biji putih telur
2 sudu besar tepung jagung
5 ulas bawang putih
½ sudu lada sulah.
setangkai daun bawang

Cara penyediaan

Potong tauhu dan korek dibahagian tengahnya- menjadi lubang
Ketepikan. Ikan kembong di renehkan / direbus hingga masak.
Keluarkan isi ikan .Kisar isi ikan, isi tauhu yang di korek tadi bersama
Secubit garam dengan pengisar kering.
Kemudian masukan tepung jagung,daun bawang , sedikit lada sulah
dan putih telur. Isikan semua da;am tauhu yang di korek tadi. Goreng
sehingga kekuningan.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net