Noor's FotoPage

By: Noor Yussoff

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 6-Jan-2009 06:33 Email | Share | Bookmark

 
 
 
Petang semalam dek terkena pukulan muffin pandan maka projek seterusnya adalah roti bun pandan. Lama jugak tak buat roti nie hihi sebab dua tiga minggu nie sibuk dengan benda lain. Tapi bila lama dah tak buat roti kadangkala fail jugak. Tapi nasib baiklah kali ini menjadi jugak....alhamdulillah.
Malam semalam kami sekeluarga menikmati roti bun pandan ini dengan serikaya...beli yang nie tak sempat buat
Resepi ini di ambil dari blog seseorang tapi minta maaf sebab dah lupa dari blog siapa ...hihi masaalah copypaste lah terlupa nak add namanya.



Roti Bun Pandan

300 gm tepung roti
2 sudu kecil yeast
garam
40 gm mentega dicairkan
60gm gula
1 biji telur
75ml susu
77.5 ml air pandan
Masukkan semua bahan dalam bread maker - uli sampai siap.
Rehatkan selama sejam atau hingga naik dua kali ganda
Bentuk kan roti ....ikut suka
Bakar 190 degree sehingga masak.





Lauk ini merupakan hidangan kami hari ini. Lama dah tak makan ikan bawal masak asam ..sesekali teringin. Hidangan yang simple time hari cuaca yang tak menentu sekejap hujan dan panas badan pun rasa semacam . Lauk lain pulak ada udang masak lemak cili padi dan sayur lemak sawi dan ikan masin goreng bawang. Dah lengkap pun . Emmm esok nak masak apa pulak....




Jangan panik ye masak lemak kali ini dah termasuk cili merah maka warnanya kemerahan sikit .

Quote:

Dapur impian>kita dah pun melawat rumah awak selain dari lauk pauk yang mengoda tu pinggan awak pun antik
Ana > akak dah boleh agak dah cream tu macamana sebab akak pernah lihat jenama tu cuma tak pasti untuk kegunaan yang macam mana ..eehh skg dah tau nanti boleh cuba. Terima kasih kerana sudi berkongsi dengan akak
Rinn > Deman muffin dah melanda sebab tergoda dengan muffin rinn lah. Pasal bun pandan tu colourful di sebabkan kamera nikon akak dah meragam lah terkial kial nak hantar klinik ke nak beli baru..sat nak kena survey dulu takut off budget
MummyJam> alah malulah sebab resepi campak campak saja.....main agak agak
Mimie > terima kasih datanglah lagi
kmal > nanti kita antaq sepiring hihihi
Zai> memang pun colourful gitu dek panahan kamera akak
Faza > malunya gambar bun tu meletop sungguh


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net