Noor's FotoPage

By: Noor Yussoff

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 24-Dec-2008 07:53 Email | Share | Bookmark

 
 
 
 
 


Selamat menyambut hari natal buat Ann,Suemm,Kath.Clara,S.K,Jess. Actualy banyak nama lagi tapi dah hantar card. Dan tak lama lagi kita bakal menyambut tahun baru 2009.
Pelbagai persiapan barang sekolah nasib baik dah beli awal cuti jadi tak lah sibuk di saat akhir. Noor harus beli awal sebab takut saiz baju anak susah nak cari. Kalau awal cuti semua saiz senang dapat.



Pokok cabai ini di beri oleh jiran tempohari. Siap dengan berbuah sekali ...dan tanam pokok ini di tepi pagar rumah saja. Maklumlah depan rumah sudah di tutup dengan tiles maka tiada ruang untuk bercucuk tanam melainkan di luar kawasan pagar. Tanah yang tinggal tak lah besar mana tapi cukup lah untuk tanam pokok kunyit,pokok pandan,pokok limau purut,pokok daun kari dan juga pokok bunga. Taman mini ini sungguh bermakna sebab tiap tiap hari dapat ku guna .



Gambar anak bujangku yang sorang. siap bergambar atas tangga rumah.



Resepi ini ku dari blog Jun yang rajin tu. Terpandang lah custard nie lagipun sekarang musim panas waktu tengahari manakala lewat petang macam nak hujan pulak. Tekak pun kering badan pulak macam nak demam. Custard nie memang sedap sebab tu sempat ambil gambar masa dah masak saja ...sebaik hidang habis dengan cepatnya. Tak sempat nak ambil.......Terima kasih Jun di atas sumbangan resepi ini.
Jun resepimu ku copy paste kat bawah.

Custard cream pudding
Bahan bahan
2 biji telur
80g gula (akak wat 60gm)
1 sudu besar tepung kastad
240ml susu cair/susu segar
100ml whipping cream
sedikit esen vanilla

Cara-cara
Masukkan telur,tepung kastad dan gula ke dalam mangkuk. Pukul sehingga semua sebati atau gula larut.
Panaskan susu sehingga hampir mendidih tp jangan sampai mendidih. Kemudian masukkan ke dalam no.1 tadi dan kacau.
Masukkan pula whipping cream dan esen vanila. Kacau sehingga semuanya sebati.
Tapiskan adunan tadi dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai.
Bakar selama 30-35 minit dengan suhu 180C. Guna kaedah waterbath(letak bekas puding dlm loyang/oven plate yg ada air. Air yg dimasukkan ke dlm oven plate tu biar kedalamannya lebih kurang 1cm) untuk bakar puding ni. Atau boleh juga dikukus


Quote:

Zai> bukan senang jugak nak suruh dia posing sebab dia nie pemalu sikit.
Fazarina > cili bukan sebarang cili ...lagi kecil lagi berapi. Akak paling suka makan cili yang di potong potong pastu campurkan dengan cencaluk dan asam limau...sedap.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net