Noor's FotoPage

By: Noor Yussoff

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 18-Dec-2008 01:00 Email | Share | Bookmark

 
 
 
 
 
 
 
Lama jugak noor tak update di sini.....sejak wujudnya blog yang lagi satu iaitu:http://noorsl.blogspot.com. Konsepnya sama saja adalah mengenai masakan dan cerita harian. Apa apa pun tak lama lagi kita bakal menyambut Tahun Baru 2009. Rasanya masa berlalu terlalu cepat sekali kalau nak di kejar .
Banyak peristiwa sedih dan gembira dalam tahun ini..Naik turun kehangatan dapur akibat kenaikan harga barang begitu terasa.
Baru baru ini noor singgah sebentar di Queenbay secara tak di rancang sebab atas jambatan terlalu sesak dengan kenderaan sebab ada kemalangan. Jarang jugak kita kesitu sesekali singgah seronoklah. Banyak hiasan sempena menyambut hari Natal.
Gambar gambar nie pulak di rakam semasa kami di Jaya Jusco Bandar Perda. Emmm free show anak noor pun tak nak lepaskan peluang untuk melihatnya.






Lapisan bawah kek ini adalah kek sponge coklat. Resepi untuk buat orange mousse .

Orange Mousse Cake
Bahan

200g orange puree
1 Tbsp serbuk agar agar + 50g air (rendam bersama 5 mins)
2 biji kuning telur
30g gula
150g Non-dairy whipped cream
Sedikit buah limau dalam tin- di cincang

Cara
1. Masakan pes orange bersama gula hingga mendidih , angkat dan sejukan sebentar.
2. campurkan kuning telur kedalam puree tadi and kacau sehingga sebati
3. Letakan kembali di atas api serta masukan serbuk agar agar dan kacau sebati
4. Biarkan suam.
5. Pukul whipped cream sehingga kembang kemudian masukan adunan tadi bersama ketulan buah yang di cincang ke dalam whipped cream.
6. Tuangkan ke atas sponge cake dan sejukan sampai ianya set.

Quote:

Zai...apa khabar sekarang...haha Show nie semasa ahari sabtu jam lapan malam minggu lalu. Sasame street siap dengan pentas yang cantik dan sound system yang baik. orang yang mamainkan peranan tu pulak semua orang luar selepas ini mereka akan ke genting .
amal > Betul tu noor buka blog yang ini sebab tempohari ada masaalah dan excess ke fotopages sebab tu buat yang baru.
Mummy Jam > Memang time time nie banyak acara maka budak budak pun suka nak jalan jalan. Kita pulak kena spend duit sedar sedar terlebih belanja.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net