Noor's FotoPage

By: Noor Yussoff

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 13-Jan-2008 04:19 Email | Share | Bookmark

 
 
 


Kelmarin kita makan Mee saja sebab sibuk di dapur membuat kek untuk anak saudara yang akan menyambut harijadinya yang ke 14 tahun. Mulanya banyak sangat di rancang untuk buat tapi akhirnya hanya sejenis kek saja yang jadi. Dan yang lainnya curry puff dan juga roti bun. Ada yang berkismis dan serikaya.
Plan asal nya nak buat cupcake tapi letih sangat dah berjam jam duduk kat dapur . Tapi bila emak dia call kata dia dah order kek seberat 3 kg sedangakan majlis hanya untuk anak anak saja. Kita discuss rasanya cukup.Nanti lebih membazir pulak sebab disamping ini dia menyediakan makanan berat iaitu nasi kacang dan menu selangkapnya serta beberapa lagi kuih muih. Banyak lah jugak lagi sempena tahun baru katanya.



Quote:

Mee Udang - citarasa saya

Udang Kertas atau Udang Harimau (15 ekor bersaiz sedang.)
1 paket Mee kuning.
1 Kpg tauhu kuning. (siap digoreng dan dipotong nipis)
6 ulas bawang putih. (Dimesin
3 ulas bawang merah. (Dimesin
5 biji cili kering. (Dimesin)
Sos Cili - secukup rasa.
Sos Tiram - secukup rasa.
4-5 tbs tomato soup
Telur- direbus
Daun bawang dan sup hiasan
Garam, minyak masak.


Udang di buang kepala dan di rebus,kemudian blend dan di tapis airnya -jadikan stok.
Tumiskan cili kering yg dimesin bersama bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau,
masukkan air stok tadi.Tambahkan tomato soup,sos cili dan juga sos tiram.
Akhir sekali tambahkan 1 sudu teh gula untuk balance kan rasa masam dan manis.
Note- jika udang yang fresh,tidak perlu tambah gula.
Mee di celor dalam air panas sehingga masak dan toskan airnya. Sedia untuk di hidangkan.


Umi-kal > cubalah resepi ini dah pun noor pastekan kat atas.
Mamaella> Kadang kala ringkas saja janji kita kenyang


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net