Noor's FotoPage

By: Noor Yussoff

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 10-Dec-2007 12:27 Email | Share | Bookmark

 
 

Kali ini akak gunakan resepi Chef Anuar untuk buat Sweet doh. Inilah hasilnya ringan dan gebu jugak. Kadangkala bila buat roti nie tak jadi sebab faktor cuaca juga sebab kita manalah nak ada oven pemanas macam kat kedai tu.




Waffle ini tak berapa best lah sebab acuan nya kurang menarik akak lebih suka kalau yang bulat tapi masa nak beli acuan tu tak jumpa yang bulat hanya terdapat dalam bentuk love saja.
Mamafami Tq, akak baru mencuba resepi ini setelah sekian lama tersimpan dari kabinet yang akhirnya menjadilah waffle kegemaranku.

Resepi ini dari fp mamafami
WAFFLES
Bahan-bahan :

2 cawan tepung
2 sudu teh gula
1 cawan susu
2 biji telur ~ diasingkan kuning dan putih
4 sudu kecil serbuk penaik
50 g majerin ~ dicairkan
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil esen vanilla

Kaedah penyediaan :

1. Ayak semua bahan kering ke dalam mangkuk besar.
2. Masukkan kuning telur, esen vanila dan majerin yang dicairkan. Perlahan-lahan tuangkan susu segar. Kacau hingga sebati.
3. Pukul putih telur hingga kental. Kaup balikkan ke dalam bater.
4. Tuangkan sedikit bater ke atas waffle maker dan biarkan hingga keperangan.
5. Boleh disajikan bersama aiskerim dan sirap


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net