Noor's FotoPage

By: Noor Yussoff

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 19-Nov-2007 05:13 Email | Share | Bookmark

 
 
 


Petang semalam ada kenduri sikit dekat rumah jiran. Anak lelaki dia berkhatan. Sebaik pulang kerumah , hujan pun turun dengan lebatnya. Di kawasan rumah noor jika hujan turun dengan lebat maka siaran astro gagal berfungsi. Apalagi kita pun pergi kedapur check ada apa barang yang dapat kita buat. Mula mula nak buat muffin carot tapi last minute ubah fikiran buat kek lah pulak.
Resepi ini antara salah satu resepi dari Amy Beh. Hari ni tak ada krim cheese sebab tu noor taruhkan ising powder saja. Tapi sedap jugak bila hujan hujan begini di makan bersama secawan teh UuMMMm .

Ini adalah gift dari my sister sebab dia kata beg duit lama tu dah usang, Tapi noor sayang nak buang beg lama sebab bawa tuah....sentiasa ada tak kering kering isinya.
Kata orang tua tua kalau dapat yang baru yang lama di buang jangan so....simpan saja dalam koleksi walaupun usang.
Anak noor nie bila kita sibuk buat kerja kat dapur dia pun sibuk nak tolong tapi bila dapat tepung seronok lah dia , macam macam nak buat kalau kita tak bagi buat dia merajuk pulak .


Quote:

Kek Lobak Berkismis
Resipi asal dari buku "AT HOME WITH AMY BEH

Bahan-bahannya:-
185 g mentega
160 g gula perang
20 g gula kastor
4 biji telur, asing kuning dan putih
150 g, parutan lobak merah
1 camca besar parutan kulit oren
60 g kismis*
3 camca besar jus oren*(*disatukan dan biar terendam)
1 camca teh esen vanilla
45 g kacang walnut, dicincang kasar
185 g tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan dan diayak)

Cara membuatnya:-


Pukul mentega dan gula perang hingga putih. Masukkan kuning telur satu persatu dan terus memukul dan masukkan juga esen vanilla. Pukul hingga kembang.
Masukkan kismis yang direndam, parutan kulit oren dan parutan lobak merah tadi. Gunakan speed sederhana. Gaul hingga rata.
Dalam mangkuk lain yg bersih dan kering, putar(gunakan kelajuan tinggi) putih telur bersama2 gula kastor hingga bertanduk. Kemudian gaulkan putih telur ke dalam adunan kek secara perlahan2 (gunakan kaedah kaup balik) hingga rata.
Masukkan cincangan kacang walnut dan gaul rata. Tuang dalam tin kek yg telah dilenser dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas dan bakar pada suhu 175C selama 50 minit - 1

Nabialishad - Anak noor memang suka bab mengacau nie
Mama - Esuk nanti nak jadi chef



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net