Noor's FotoPage

By: Noor Yussoff

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 15-Sep-2007 13:57 Email | Share | Bookmark

 
Dah masuk tiga hari dah umat Islam mula berpuasa. Rasanya tak terlewat lah untuk mengucapkan pada kengkawan semua Selamat Berpuasa.
Dua tiga hari nie nak update fp tapi tak boleh mungkin server problem atau mungkin ada masaalah teknikal bila nak upload ada conection error.
Minggu lalu sempat juga kita mencuba resepi biskut. Buat sikit dulu nak rasa kalau sedap baru boleh buat banyak untuk raya nanti.



Nama biskut ini adalah PINKY LOGON KOOKI , resepinya nanti kita paste kat sini.
Quote:

Nie resepinya

PINKY LAGOON KOOKI
Sumber: Aini Salim

Bahan-bahannya
125 gram mentega
50 gram gula aising
60 gram biskut marie perisa kopi, dikisar halus
60 gram tepung custard
20 gram bijan, disanggar
130 gram tepung gandum, diayak
1 biji kuning telur
1 sudu teh vanilla
1/4 sudu teh emplex
1/4 sudu teh garam halus
secukup chocolate pink, dicairkan
colourful flower flakes untuk hiasan

Cara-caranya
Mentega, gula aising, kuning telur, vanilla, emplex dan garam dipukul rata. Masukkan tepung biskut, tepung custard, bijan dan tepung gandum. Gaul rata dan uli sehingga menjadi doh yang lembut. Canai dan terap dengan acuan pilihan. Susun dalam loyang dan bakar selama 10 - 15 minit dengan kepanasan 140 darjah C. Sesudah masak sejukkan dulu. Sapukan atas biskut dengan chocolate pink dan hiaslah mengikut cita rasa sendiri (tabur colourful flower flakes atas chocolate pink). Biarkan coklat kering baru boleh simpan dalam bekas kedap udara.

>>Mummy> Dah boleh cuba


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net