Noor's FotoPage

By: Noor Yussoff

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 13-Jul-2007 10:57 Email | Share | Bookmark

 
 
Minggu ini sekolah Amirul mengadakan Minggu Perkhemahan yang berlangsung di Kem Singkir daerah Merbuk. Tapi noor tak benarkan dia menyertai sebab rasanya dia masih kecil lagi.Hati terasa berat nak lepaskan dia pergi bersama kawan kawan sebab selama ini nak mandi pun masih kena teman. Risau juga dalam aspek keselamatan dan macam macam bermain di fikiran.
Tahun depan mungkin dia lebih bersedia.
Dek kerana dah berjanji dengan dia jika tidak pergi kesana, noor bawa dia jalan ke rumah adik di Seberang Jaya. At least terhibur juga dia .
Sebagai buah tangan sempat juga noor membuat beberapa kek dan juga roti dari rumah memandangkan adik noor baru saja berpindah kerumah baru....belum ada kelengkapan yang sempurna.
Disana kami makan nasi kedai lah sebab kabinet dapur masih dalam pemasangan.
Waktu kita pulang barulah siap perabut dapur. Maklumlah rumah baru semuanya pasang siap. Tapi kabinet dapur aluminum tu nampak ringkas dan kemas dan harganya mahal jugak.
Berbanding di rumah kabinet kayu kena selalu awasi takut ada serangan anai anai.
Jiran sebelah rumah habis semua perabut di makan anai anai, sebagai langkah berhati hati kita dan siap panggil orang paipkan ubat. Tapi masih risau jugak...tiap tiap nak kena check .


Ini adalah resepi nya. Kek ini texturenya agak kasar sebab terdapat butiran badan tapi lembut dan sedap.
Terima kasih pada empunya resepi ini

KEK MARBLE BADAM
Sumber: Shamsiah Md Shariff


Bahan-bahan:

250 gram mentega
5 ½ oz gula halus/ gula kaster
4 biji telur (sederhana) atau 5 biji telur (kecil)
1 oz badam kisar (tidak perlu disanggar)
5 oz tepung naik sendiri
2 sudu makan susu pekat manis (condensed milk)
1 ½ sudu teh esen ros
Sedikit pewarna merah dan hijau

Cara-cara:

Pukul butter dan gula halus hingga gebu.
Masukkan telur satu-persatu. Jika adunan tidak cantik (curdles/ bergentel), masukkan 1 atau 2 sudu makan tepung self-raising (ambil daripada sukatan tepung 5 oz yang telah diperuntukkan tadi, usah tambah tepung lagi).
Masukkan esen ros dan susu pekat. Pukul adunan kek lagi hingga rata.
Masukkan badam kisar dan baki tepung self-raising tadi. Gaul rata.
Bahagikan adunan kek kepada tiga, satu bahagian diwarnakan merah, satu bahagian lagi diwarnakan hijau dan biarkan satu bahagian tanpa berwarna .
Sediakan loyang loaf tin yang telah disapu mentega dan dialas dengan kertas kuih.
Masukkan adunan yang berlainan warna itu ke dalam tin kek berselang-seli.
Bakar di dalam ketuhar dengan kepanasan 160 darjah selsius selama 30 minit, kemudian kecilkan api menjadi 150 darjah selsius dan bakar kek lagi selama 20-30 minit.




Quote:

>>MamaFami>> Yes senang aje bun yang telah di masak kemudian salutkan dengan coklat.
Bun macam ini ada di jual kat kedai fairy cake house , akak copycat lah
Ehhh ada lagi bun yang kosong nie boleh di MAKEOVER dengan coklat putih ...buat macam spider web. Jadi lain pulak nama dia Spider Web Bun.
>> Nabialishad>> Roti yang ari tu namanya Yellow river sebab di tengahnya ada gula dan butter.
Kita gunakan Adunan roti asas tapi sewaktu membentuk roti tu kita buat macam bun biasa dan biarkan naik barulaj kita guntingkan di tengah tengah roti. Bila bukaan terbuka sedikit taburkan sedikit gula dan seketul butter barulah di bakar .Cubalah sebab ianya sungguh lemak dan sedap jugak.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net