Noor's FotoPage

By: Noor Yussoff

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 31-Mar-2007 00:46 Email | Share | Bookmark

 
 


Jom minum petang dengan biskut kering saja. Pagi tadi sempat jugak mencuba apam balik yang ada jagung tu sedap jugak tapi noor tak sempat ambil gambar.
Hari ini amirul cuti jadi waktu petang kawan kawan dia selalu datang rumah bermain dengan nya. Lepas main nanti dapatlah makan bersama. Exam bulanan dah habis, tunggu keputusan ujian . Lepas nie ada exam lagi penggal pertama yang akan di adakan pada bulan 5.

Semalam elektrik pula terputus selama 3 jam , panaslah pulak.
Walaupun di luar hujan turun dengan lebatnya. Nasib baiklah waktu 11.00 malam bekalan letrik kembali semula. Lega....dapat tidur dengan aman.



Oatmeal Chocolate chips cookies
Bahan-Bahan
• 130 gm mentega
• 65 gm perang
• 100 gm tepung jagung
• 50 gm oatmeal
100 gm tepung gandum
• 1 biji kuning telur
• 100 gm badam
• 50 gm chocolate chip

Cara Membuatnya
Pukul mentega dan gula hingga sebati.

Masukkan kuning telur dan kacau sebati.

Masukkan tepung, badam dan chocolate chip dan uli hingga menjadi doh.

Terap dan sapu kuning telur dan hias dengan badam.

Bakar pada suhu 160 darjah Celcius selama 20 minit




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net