Noor's FotoPage

By: Noor Yussoff

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 20-Mar-2007 14:58 Email | Share | Bookmark

 
 
Cuaca hari ini dari panas terik tiba tiba bertukar mendung lalu hujan pun turun dengan lebatnya. Tak sangka jugak perubahan cuaca yang mendadak. Lantas bergegas keluar mencapai kain di ampaian wah sempat jugak jika tidak terpaksa lah membilas kembali. Inilah rutin kerja seharian yang tak putus putus. Tapi akak enjoy bila memasak sekarang. Tapi kadang kala teringat jugak pada teman teman sekerja. Teringat kala waktu lunch dulu...orang keluar makan tapi kita pi shopping. Sempat jugak beli baju .
Makan malam ini akak cuma prepare pizza dan chicken soup ala ala Pizza Hut gitu. Bezanya hari ini tak ada cheese stick. Benda nie dah cuba buat tapi tak pernah perfect lagi. Nanti kalau dah menjadi akak paste kan sini.

Chicken soup kali ini kira ok sikit.....boleh lah makan kena praktis buat lagi.




Sup Ayam
bahan-bahan:

1 cawan stok ayam
20gm daging ayam
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar mentega
1 sudu kecil serbuk lada sulah
sedikit garam dan serbuk lada hitam

cara buat :

1. didihkan stok ayam dalam periuk. masukkan garam dan serbuk lada sulah. masukkan daging ayam dan masak hingga ayam empuk
2. gaulkan mentega dan tepung gandum hingga sebati. masukkan adunan ini ke dalam rebusan ayam tadi.kacaukan hingga rata dan tidak bergentel. bubuh garam dan serbuk lada hitam.
3. hidangkan sup ini dengan roti bawang putih.


Quote:

Kuzi>> Sedap di makan panas panas di waktu hujan
Zurina>> Kak noor di attached kat sini...nanti bolehlah cuba


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net