Noor's FotoPage

By: Noor Yussoff

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 9-Mar-2007 12:31 Email | Share | Bookmark

 
Dua tiga hari ini kalau ke pasar tak banyak ikan. Yang banyak waktu sekarang hanyalah sotong,udang dan ketam. So dua tiga hari nie kena makan seafood lah. Yesterday lunch kita makan nasi kandar aje bila malam makan roti dengan grill sausage. Amirul suka sangat kalau dapat makan sausage maupun burger...tapi kurang baik untuk kesihatan pulak kalau selalu.
Bila masak untuk setiap hari nie barulah rasa betapa sukarnya dalam mempelbagaikan menu yang matching tapi kadangkala kantoi jugak.
Hari ini berlaukan ketam. Ketam ini mengingatkan akak waktu mula mula berkahwin dulu...sebelum ini tak pernah kedapur. bab ke dapur nie , akak adalah orang yang terakhir untuk di suruh masak oleh emak. Sebab bila dengar aje....akak yang masak semua yang lain pasti tak makan sebab tersangat sedap.
The fist time nak masak ketam nie pelbagai peristiwa lucu nak bagi tau suami tak pandai memasak ,,,,malu pulak. Mundar mandir kat dapur...bagaimana nak proses ketam ini sedangkan ketam ini masih hidup. Problem kan!
So the action taken is to boil the water and pour ...kesian ketam tu ,,,,terkaku lah ia. Ended tak jadi lah nak masak sebab tak rasa nak makan lagi. Sekarang nie memang fobia habis dengan si ketam ini. Tapi hari ini ketam yang di beli sudah tidak hidup lagi....




Ketam Masak Sos Lada Hitam

Bahan bahan
1 kg ketam
2 sudu makan cili kisar
3 ulas bawang putih- di hiris
½ ulas bawang merah – di dadu
50 gm lada hitam- di kisar
8 sudu makan kicap manis
3 sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara Penyediaan
Ketam di rebus dan di toskan
Tumis cili kisar sehingga naik minyak
Masukan semua bahan lain, garam dan gula secukup rasa.
Tumis hingga wangi.
Masukan ketam dan gaul rata


Quote:

>Jeff>> so special le
>Ida> kat Kuching.....lagi besar ye...dan murah dari di sini kan.
> zul> boleh hantar guna fast lane
>mamafami> kesian mama ...takpa nanti balik M'sia dapat makan.
>MM D&D> Sedap jugak....kalau di pelbagai cara dan kena resepinya..cicah dengan air asam pun best
> MJam> Beli yang dah mati lebih senang...tapi kalau yang hidup tu isinya lagi manis


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net