Noor's FotoPage

By: Noor Yussoff

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 23-Feb-2007 01:46 Email | Share | Bookmark

 
 


Lama benar tak masak mee selalunya bila lapar masak mee maggi senang kan. Tapi kalau selalu bosan juga...nak rasa yang lain pulak. Teringat satu resepi dari Juwita nampak macam sedap aje maka kita pun mencuba lah.
Hasil nya sungguh sedap sekali terutama nya bagi orang yang suka makan Udang....buat apa pun di kira best.
Tambahan pula jika kita dapat udang yang masih baru lagi , kemanisan udang pun terasa dan tidak perlu guna bahan perisa. Selalu nya kalau di Penang mee yang sebegini boleh di dapati di kawasan Telok Kumbar, Telok Tempoyak dan sekitar kawasan Prai menghala ke Juru. Terdapat gerai gerai di sepanjang jalan . Harga di situ boleh tahan lah .




Ini pula sarapan pagi hari tadi....nasi lemak bersama sambal ikan bilis dan telur rebus.

Mee Udang - Juwita (Ala Penang )

Udang Kertas atau Udang Harimau (15 ekor bersaiz sedang.)
1 paket Mee kuning.
5 Batang sawi.
100 gm taugeh.
1 Kpg tauhu kuning. (siap digoreng dan dipotong nipis)
6 ulas bawang putih.
3 ulas bawang merah.


5 biji cili kering. (Dimesin)
Sos Cili - secukup rasa.
Sos Tiram - secukup rasa.
1 kiub ikan bilis.
Garam, minyak masak.
Kicap cair secukup rasa

Tumiskan cili kering yg dimesin bersama bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau, masukkan kiub bilis, tambah air 1 liter. Masukkan udang yg telah dibersihkan dan didihkan. Masukkan sayuran yg telah dipotong serta taugeh dan kemudian mee kuning. Mee udang ini siap untuk dihidangkan.

Quote:

Mama>> Ye ke ...cuba lah
Zurina>> nanti Kak Noor pastekan

Quote:
Sambal Ikan Bilis

Ramuan :

ikan bilis lebih kurang 500gm
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
cili kering 15 biji (di blend)
sedikit air asam jawa
belacan *jika suka) akak tak guna ini
cara:

ikan bilis digoreng terlebih dahulu..dan ketepikan dulu..
Mula2 tumis bawang..dgn minyak yg panas..sehingga bawang bertukar warna jadi kekuningan..
pastu..masukkan cili kering yg di blend.... sehingga bau cili dah wangi
masukkan air asam , masukkan gula..dan garam secukupnya..
apabila cili menjadi sedikit pekat masukkan sebahagian ikan bilis yang telah di goreng dan sebahagian untuk di tabur atas nasi. Setengah orang suka ranggup

selamat mencuba...



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net