Noor's FotoPage

By: Noor Yussoff

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 16-Feb-2007 09:35 Email | Share | Bookmark

 
 
 


Semalam kita makan bubur nasi saja for dinner sebab Amirul sakit tekak. Itulah... pasal bila tak cukup minum air kosong. Tekak pun bengkak dan badan pun panas semacam aje. Tambahan pula di waktu kini perubahaan cuaca nampak ketara sekali. Bila keluar dari rumah sudah terasa bahang kepanansan. Selalunya seawal pagi jam 7.30.. sudah ke pasar untuk membeli barang keperluan jadi tak lah terasa bahangnya. Jika lewat keluar waktu pulang nanti dah hilang mood memasak.
Rumput di laman pun nampak dah kuning semacam aje. Laman di depan rumah tak lah besar sangat tapi puas lah kalau nak exercise membuang atau mencabut rumput jika panjang.

Hari ini untuk lunch noor masak yang simple juga ...yelah sebab kelmarin dapur tak berasap ..nasi bungkus.

Memandangkan hari ini friday dan lusa tahun baru cina.....kena preparelah roti banyak banyak sebab anak buah tentu datang. Awal awal lagi dah call nak datang esuk. Hari ini sempat buat satu batch roti ini untuk di makan esuk pagi .




Quote:

Resepi ini di ambil dari My resepi

Cinnamon Bun

Bahan-bahan ( 10 biji )
• = Bahan utk Roti
• 300g tepung roti
• 50g butter
• 1 biji telur
• 50g gula halus
• 100ml fresh milk/air (suhu badan)
• 8g dry yeast
• 1 sudu kecil garam
• -----------------------------------------------------
• = Filling =
• 2-3 sudu kecil cinnamon powder (ikut suka )
• 60g gula perang
• 20g butter-suhu bilik
• -----------------------------------------------------
• = Icing =
• 50g cream cheese - suhu bilik
• 20g butter - suhu bilik
• 100g gula halus
• secubit garam
• beberapa titik vanila esen
Cara-cara
1. Cara buat roti: Gaulkan butter dengan tepung sehingga jadi macam serbuk roti
2. Kemudian masukkan gula dan dry yeast. Kacau dengan sudu sehingga bergaul rata.
3. Masukkan pula garam, telur dan susu. Uli sehingga tak melekat ditangan atau sehingga licin.
4. Wrap dengan plastik/ kain lembab. Biarkan naik sehingga 1.5 kali ganda. Bila dah naik, buatkan bentuk bulat sekali lagi dan rehatkan selama 10 minit.
5. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Ambik 1 bahagian dan canaikan lebih kurang 20x25cm. Letakkan bahan-bahan filling.
6. Kemudian gulung. Bahagikan pula kepada 4 bahagian kecil( lebih kurang 4 cm panjang). Ulang untuk doh yang sebahagian lagi.
7. Lapikkan roti dengan muffin cup. Biar naik 1.5 kali ganda lagi. Bakar dengan suhu 180C selama 15 minit.
8. Sementara itu sediakan krimnya. Masukkan semua bahan-bahan untuk krim ke dalam mangkuk. Pukul sehingga jadi bentuk krim.
9. Bila roti dan masak( ketika masih panas), letakkan krim di atasnya.




Quote:

>>dah paste resepi kat sini tapi kak noor buat tu skip ising sebab manis sangat>>
>> Hai Rossya>> anak noor pun suka roti nie....selain dari curry puff>>



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net