Noor's FotoPage

By: Noor Yussoff

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 18-Jan-2007 14:19 Email | Share | Bookmark

 
 
Hari ini merupakan hari terakhir bersekolah bagi minggu ini di Kedah.
Esuk hari Jumaat ....cuti dan baju sekolah harus di cuci.Cuaca petang hari macam nak hujan. Apalagi mesin cuci baju pula bermasalah...meragam sebab banyak muatan ataupun tersangkuk pin baju!!! . Risau juga...orang yang di panggil servis belum datang lagi.
Tanpa mesin ....kenalah cuci dengan tangan mana mana yang penting dulu dan yang selebih simpan dulu.
Letih juga bila mula membasuh baju dengan tangan maklumlah selama ini dengan bantuan mesin kerja rumah agak beres.
Amirul dah mula tanya mana kek yang di janjikan nak buat semalam ....beres kataku sebab seawal dia kesekolah noor sempat membuat kek ini.
Kek ini merupakan kek kukus yang seakan akan baulu saja. Bezanya kek ini mengunakan air 7-up saja.
Kek ini di sunting dari laman blog...tapi dah lupa dari blog siapa. Terima kasih di atas sumbangan resepi ini.




Kek kukus 7-Up

Bahan-bahan

5 biji telur
210 atau 220 gram gula
150 g Tepung Cake
150 g Tepung Gandum
1/2 sudu besar ovalette
180g - 7- up/Sprite/Cream Soda.
2 sudu besar susu pekat

Bahan perwarna

Ikut perisa apa yg disukai. (Strawberry/Coklat/Orange/Pandan) ???

CARANYA
1. Pukul telur dgn gula sampai kembang selepas itu masukkan ovalette dan pukul lagi.
2. Masukkan tepung diselang selikan dgn air 7 - up tadi.
3. Bahagikan adunan utk dibubuh color.
4. Stim dulu adunan warna asal dalam 5 , 7 minit. Selepas itu mulakan dengan warna pertama kukus lagi dan buatlah utk warna warna yg seterusnya . Lapisan terakhir dikukus selama 10 minit atau lebih


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net