Noor's FotoPage

By: Noor Yussoff

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 4-Jan-2007 15:49 Email | Share | Bookmark
Oh hujan

 
 
Kawasan utara di khabarkan akan mengalami hujan.....malam tadi hujan gerimis sudah mulai turun. Risau juga jika fenomena luarbiasa itu akan berlaku sepertimana yang terjadi di selatan tanahair. Tadi sewaktu pergi ke pasar malam nampak bekalan ikan banyak kekurangan ...disebabkan nelayan di kawasan Kedah tidak turun ke laut. Ah.....kena makan sayurlah pulak.
Hari ini hari yang ketiga penggal persekolahan telah pun bermula...maka sibuklah menyediakan bekal untuk di bawa oleh Amirul. Selalunya bekalnya simple aje....lagipun, dia tak banyak kerenah.
Cuma kita kenalah menukar menu setiap hari.
Tadi siang sempat juga menyediakan Cheese cake yang paling senang dan tidak rumit membuatnya. Noor buat adunan yang kecil saja ....tapi dah lupa sumber asal resepi nie dari mana.
Walau bagaimana pun Noor paste kan resepi nya.






Cheese Cake

Bahan-bahan ( 18 inci )
•250g cream cheese
•200cc fresh cream/plain yogurt
•2 sudu besar jus lemon
•3 sudu besar tepung
•2 biji telur
•90g gula
Cara-cara
1. Panaskan oven 170 degree
2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
3. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
4. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.

5. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net