Noor's FotoPage

By: Noor Yussoff

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 13-Dec-2006 08:06 Email | Share | Bookmark

 
 
Cuti sekolah yang panjang....terasa juga nak prepare kuih kering sebab kadang kala tetamu datang ke rumah. Selalu saja kita jamu dengan makanan berat tapi hari ini noor sempat siapkan biskut bunga cina ini. Dulu masa kecil memang biskut nie merupakan kesukaan. Jika bertandang kat rumah prang semasa raya pasti yang ini menjadi pilihan utama. Taste biskut nie yang bersusu membuat noor dengan adik berebut rebut makan hinggakan ibu pun marah. Sekarang tak payah nak tunggu musim raya .....terasa nak makan buat saja sebab gunakan bahan biasa saja.



Di bawah pula adalah kek orange. petang nanti dapat lah bawa sikit untuk Kak Ruby.



Quote:

Biskut Bunga cina

Bahan Bahan

100gm tepung ubi kayu
30 gm tepung jagung
1 biji telur - asingkan kuning dan putih
sedikit garam - jika suka
1/2 sudu teh baking powder
2 1/2 sudu besar majerin atau butter
susu pekat manis ikut lembut

Cara Penyediaan

Campurkan kedua jenis tepung dengan baking powder kemudian garam.
Masukan telur putih yang di pukul sedikit di ikuti dengan majerin.
Bila adunan dan bercampur masukan susu pekat untuk membentuk adunan yang
lembut.
( Angaran yang Noor guna adalah setengah tin )
Paipkan adunan mengunakan acuan samperit.

Nota( Jangan biarkan adunan kering kalau boleh tutup adunan mengunakan tuala
sebab jika adunan kering nanti ianya menjadi keras dan kena tambah susu dari
masa kesemasa.)

>>>mama> cubalah


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net