Noor's FotoPage

By: Noor Yussoff

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]
Sunday, 22-Jun-2008 08:11 Email | Share | | Bookmark

 

Cuti sekolah yang lalu sebelum harga minyak naik kami sempat jugak pergi bercuti. Kami pulang dua hari sebelum harga baru. Nasib baiklah kalau tidak lari budget. Tapi kalau naik awal cuti maka terpaksa cancel lah agenda. Nampaknya surirumah pun dah kena buat belanjawan yang baik bermula dari sekarang kalau nak pegi bercuti kalau tak pandai habislah peluang. ok.....tulah dia kalau suami seorang saja berkerja yang jadi isteri nak kena jaga budget ...emmm cam accountant lah pulak.
Tapi sebijak bijak berbelanja kadangkala terkena jugak. Nak buat camana nie lah di katakan kehidupan.

Layan pulak gambar gambar yang di ambil tempohari. Sayangnya video yang Noor ambil entah kenapa silap tekan habis gambar yang di ambil hilang.....rugi rasanya....nyesal tak sudah sebab memandai dok edit pastu nak bukak dah tak bolih. Yang tinggal hanyalah beberapa keping saja yang di rakam melalui kamera.


Chalet ini merupakan satu chalet berkonsepkan rumah kampung. Permandangan di sini pun cantik di penuhi dengan flora dan fauna. Tapi yang menjadikan tempat ini popular adalah untuk mandi sungai . Air yang jernih dan sejuk mengundang rasa untuk kembali lagi ke sini ...sebelah malam pulak boleh di adakan aktiviti barbecue . Ianya terletak di daerah Selangor sebelum Kota Kubu Baru. Sebelum kesana eloklah membawa serba sedikit makanan walaupun ada kafeteria di situ. Sebab bila dah berada di dalam chalet terasa malas pulak nak keluar. Berada di sini tak terasa panas membuat kita merasa selesa dan nyaman. Paling suka adalah mandi sungai berjam jam lamanya pastu melawat kebun buah buahan di situ.










Meneruskan perjalanan ke Seremban. Mula kami bercadang ke J.Baru memandangkan hubby dah penat sebab singgah di Nilai 3 apalagi shopping sikit sampai saja di Melaka dah terasa ah...tak payah pergi kesana kita tidur di P.D saja.
Kali ini kita bermalam di Bayu Resort Apartment. Sewanya bolehlah tahan untuk kami . Yang best tu kami dapat ground floor. Buka balkoni dah dapat pergi ke pantai . Best kan .










Lepas nie kami kamana pulak.... next update lah....dah panjang untuk kali ini. Tapi untuk hari ini Noor sempat masak hidangan berat jugaklah...sebab ambil masa juga . Selalunya Noor suka masak yang simple simple tapi bila dah dua tiga lauk jadi lamalah dok kat dapur.



Nasi Tomato berlaukan rendang daging, udang goreng simple dan sayur buncis goreng berdaging.
Dalam semua lauk nie udang goreng simple tu yang habis dulu.....


Quote:

Zai >> I cccc yang tunjuk bontot tu anak saudara duk perbetul tali kasut....
Fazarina>>> Kena buat belanjawan baru....jimat sana sini last last naik lagi ada.
MummyJam>> Tempat nie jauh di hujung kampung......susah jugak nak mencarinya...tapi memang best.


Monday, 16-Jun-2008 04:21 Email | Share | | Bookmark

abah 1964
 





Buat abah pada tahun ini. . Birthday abah pon dah berlalu.
Gambar nie di ambil masa di Singapura time tu mereka tinggal di Jalan Kayu.
Manakala gambar atas bunga tu di rakam masa berbulan madu di Bukit Bendera Penang. Mak akak masa tu rambut gaya alleycat lagik.
Time nie kita tak sambut dengan abah sebab dia sekarang berehat di rumah adik pulak. Cuma dapat call saja .Nanti bila dia balik ke kampung baru dapat buat something untuk dia..
Malam tadi Yon yon dah minta Akak buat satu kek untuk abah dia...sebab duit poket dia dah habis beli mainan time cuti. Dah jam 4 ptg baru dia cakap....nasib sempat buatkan sebelum abah dia pulang dari kerja.



Tak sempat pon nak ambil gambar sebelum potong.....




Kek nie di lapisi dengan jem blueberry....yang berbiji biji...rasa masam masam manis ...kira orait lah. lagipun hubby tak suka makan manis manis.
Pagi tadi kirim sepiring buat jiran sebelah sebab anak dia suka makan kek...kalau kita bertiga nak habiskan memang tak terabih.


Sunday, 15-Jun-2008 04:36 Email | Share | | Bookmark

Lapuran baru...pagi tadi sepatutnya akak kena pergi ambil lapuran prestasi Yon Yon. dah bersiap siap nak ambil teksi atau bas saja nak kesekolah. sebab lesen kereta dah expired tak berani nak bawak nanti kena tahan. Sibuk memanjang sampai lesen mati pon tak update. Sebenarnya baru seminggu so this week nampak nya orang ramai sangat dok pi cash for subsidi minyak terpaksa tangguh lah. Tunggu keadaan terkawal sikit baru tak panjang q.
Nasib baik sebelum keluar rumah call hubby dulu nak check adakah dia dapat pergi atau akak kena keluar.....standby lah....so dia kata ok dia dapat ambil. Kira orait jugak lah mana tidaknya tentu akak berpeluh peluh berjalan kesekolah dengan kasut tinggi ...bag tangan kena jaga kalau tidak ...di sambar orang. Sebab banyak kes kes begini yang terjadi dah.
Pekara pekara ini telah terjadi
1.Takut nak bergaya dengan beg tangan yang jenis bertali panjang...sebab dah pernah kena....so serik dah.
2. Masa berulang kerja dulu hilang dompet duit...bukan tercicir tapi di ambil secara tak sedar ...pastu time nak membayar tiket bas...tercari cari dompet hilang
..malu tak terkata, nasib baik orang bas tu kasik free sebab dah kenal.
3. Kena ragut rantai selepas orang tu bertanya kat kita,,,,dik dik jam sekarang pukul berapa, kita pun terkial kial melihat jam sedar sedar secepat kilat dia meragut rantai pemberian emak . Wah,,,,sakit sampai mc ..so hari tu tak pi kerja.
Nie semua peristiwa lama membuat akak takut dan berhati hati sekarang.

Sedih lihat pokok orkid akak yang dalam pasu jatuh bersepai ke dalam longkang. Sayang sebab pokok nie selalu rajin berbunga, tapi sempat kutip kembali serpihan batang batang untuk di tanam semula. harap harap dapat hidup semula.

Nie lah bunga bunga yang kembang













Pokok inilah yang terhempas tu.

Hari nie akak sempat siapkan gulai ketam dan kepah masak lemak bercili. Gambar tak sempat nak ambil.
Kepah nie susah jugak nak jumpa di jual kalau kita ke Tesco awal pagi dapatlah beli. Tapi kepah ini akak beli dari Pasar Malam Ria Jaya...sekilo baru Rm3.oo. Harga nya berpatutan maklumlah sekarang krisis barang naik nasib ke sini masih dapat bertahan lagi.
Semalam kami makan ayam saja.


Thursday, 12-Jun-2008 14:56 Email | Share | | Bookmark

Bukan hari ini tapi esuk..... hari cuti
Tadi pagi memang nak update tapi di sebab ada tetamu maka tertunda hingga ke malam nie baru dapat update. Seronok jugak bila kawan lama datang bertandang....teringat masa masa dulu..sama dengan budak budak belasan tahun tapi kita dah berumur sikit belajar sama dengan mereka.
Kerap jugak budak budak nie talipon ...ada kalanya jemput ke majlis perkahwinan mereka adakala jumpa kat shopping komplek saja...lepak lepak. Tapi bila dok jumpa mereka kita masih terbayang waktu yang lalu masa waktu belajar bukan main happening lagi selalu buat assignment last minute bila time serahan ada kalanya berkampung kat rumah ooopp minta izin suami dulu...sebab budak budak nie tiga ke empat orang datang sekaligus .
Masih ingat lagi masa last semester tu nak antar kami buat kertas kerja sampai jam 4 pagi baru tidur jam 08.00 dah kena masuk kelas...dengan mata yang berair tak cukup tidur. Lepas saja buat presentation apa lagi masuk dalam kelas kosong masing masing cari port ....lelap sementara .









Yang nie masa kami jalan jalan cari makan kat luar kolej




Mereka nie semua merupakan kawan kawan masa kat kolej tu...Sekarang nie rasa nya mereka dah mula berkerja sekarang. cuma akak sorang saja dok kat rumah....
Pagi tadi akak bersarapan roti garlic saja....roti nie beli kat Tesco buy one get one free ..apalagi angkut banyak buat stok.....garlic paste buat sendiri dan di sapukan pada roti dan bakar atas pan. Sedap tau.....sedar sedar sepiring dah hilang.


Quote:

Afza >> terkenang kembali bila kawan kawan datang rumah
Umieaisyah >> Masa student bila makan pinggan selalu bertukar tempat sebab masing masing order lain pastu sorang sikit rasa.
Ati > terima kasih
Rinn >> Betul tu apa yang Rinn cakap... bila terkenang kembali ianya sesuatu yang manis untuk di ingati dan yang pahit kita lalui untuk mandapat sekeping kertas yang bergitu bermakna.


Thursday, 12-Jun-2008 02:25 Email | Share | | Bookmark



Quote:

Fazarina>> he he actualy nak buat story dah tapi tergendala pagi tadi sebab ada kawan datang so terpaksa tinggalkan si senyum tu saja.


[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net