Noor's FotoPage

By: Noor Yussoff

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 8-Jul-2008 10:16 Email | Share | | Bookmark

 
 


First time buat cheesecake ....suspens jugak takut tak jadi. Akhirnya ...lega cheesecake
terhasil dengan baiknya. Emmm tapi ada beberapa kelemahan jugak tak tau kat mana
silapnya. Projek nak buat cheesecake ini selalu tertangguh sebab tak berani tapi di sebabkan naluri kuat berkata nak buat jugak...maka terhasil lah cheesecake ini.

Puas ku rujuk semua resepi akhirnya noor ambil satu resepi dari blog Encik Mat nampak cam senang saja.

Kelemahan pada cheesecaka ku adalah larutan agar agar ,,,terlebih kot sebab tu terasa keras sikit pada bahagian atas sekali. Bahagian bawah ok dan bahagian tengah pun sedap.
Terasa puas jugak akhirnya mimpi ngeri ku berakhir. Entah pasal apa bab cheese chese nie bila nak buat selalu suka tangguh sampai berbulan bulan . Harap lepas nie dah hilang fobia cheesecake.

Lihatlah hasilnya...eemmm terima kasih pada En, Mat yang sudi berkongsi resepinya.




Non Baked Cheesecake- Jika nak resepi ini sila rujuk pada tuan punya blog ye

sumber - http://tiffinbiru.blogspot.com/search/label/Kek

Quote:

Zai >> time kasih....Kalau cheesecake kat secret recipe tu makan sepotong dah puas sebab tersangat sedap

Amal > Akak tak dapt pergi sebab hubby akak kerja time tu jadi tak ada siapa nak teman anak di rumah.

Rina > nanti akak pas di angin lalu...

Fizan > hehe akak memang suka ronda lihat dapur orang.

Mummy > Noor suka tengok laman mummy tu penuuh dengan bunga yang warna warni.. ..kita nie peminat setia.

Zira > emmm zira tinggal kat gurun kedah ke, kalau cam tu tak lah jauh sangat.

Afza > nie pun baru first trial ,,,boleh je..memang fobia nak buat takut tak jadi. Noor suka jugak makan fruit tart memang berbaloi kalau buat sendiri dari beli kita boleh bubuh buah yang kita suka kan

Madiha > nampak kat sini cam ok saja tapi kalau lihat real pic...alamak sememeh jugak

Ziela > eeemm kembang lah hidung kita bila orang kata cantik hehe

Hajar > ye..kita lihat hajar pun pandai jugak.



Saturday, 5-Jul-2008 15:04 Email | Share | | Bookmark



Agak lama juga kami tidak singgah di sini. Selalu nya kalau ke penang melalui highway , jadi tak berpeluanglah. tujuan asal kami pada hari itu untuk menonton cerita Hulk tapi memandangkan waktu siaran hanya tinggal setengah jam., tak sempat mana nak cari parking lagi. Selalunya kalau menonton kami lebih suka pergi ke sunway carnival . Jauh lah jugak tapi berbaloi sebab selesa dan di sana kurang sikit budak budak nakal. Maaf kita tak mau lihat aksi aksi ;ain selain dari menonton skrin besar.
Pantai yang dulunya bersih tapi sekarang nampak tak bermaya ,,,,kalau dulu time tempat nie lah mat mat saleh Raaf berjogging pagi petang.
Dulu selalu jugak noor ke sini makan makan tapi waktu kami sampai kebanyakan kedai dah pun tutup hanya dua buah kedai yang masih beroperasi.








Dah habis bercerita pasal pantai yang tak bermaya kita lihat apa yang noor cuba buat hari ini.





Ayam Goreng Oat nie dah bertukar nama jadi ayam goreng nestum. Noor dah tergoda dengan ayam goreng dari fp rinn maka terhasilah makanan ini.
Resepinya boleh lah di ambil dari Rinn http://rinnchan.fotopages.com .
Untuk Rinn bukan satu dua jenis yang noor cuba , tulah dah kena angin terigin maka
hidangan manis menyusul adalah serawa honeydew. Gara gara lihat rinn buat serawa nangka. Noor tak ada nangka yang ada honeydew....boleh saja.



Quote:

Maya > Ada kelapangan sebab tu kita jalan jalan masuk sana sini.
Roszana > Boleh gak rasanya sedap jugak tapi kalau boleh cari buah yang ranum lagi wangi
M&R aka ros zain > Akak suka lihat gambar gambar sebab suasana yang berlainan
Cinta > ye ke nanti akak leh lah singgah. akak sebenarnya suka duk relex kat pantai ambil angin
Ana > pantai tu yang dekat pon ...kalau tidak nak kena naik feri...tapi kalau dah pi sana akak suka pi gurney drive...teringat sewaktu waktu dahulu...nostalgia
Catnik > cubalah buat memang best
Zeti > Akak dulu pun tak pandai tapi semuanya bermula dari sini.....banyak resepi kengkawan sampai tak terlarat mencuba
Zira > Ok saja...asal dapat pi pantai rasa tenang hilang rasa letih
Watie > Kalumpang tu memang best tempatnya....tak jugak jauh dari Kl. sebab ianya terletak tak jauh dari K.k.B
Wilda > suka jenjalan cari resepi
Sal > Selamat perkenalan...ayam tu memang best
Madiha > untungnya ....akak kalau tak sihat baru abang tolong tapi simple simple saja.


Tuesday, 1-Jul-2008 14:46 Email | Share | | Bookmark



Lama lah jugak tak makan western food camnie bukan apa..anak noor kalau keluar saja mesti nak makan KFC ..jadi selalu tak jadi makan . Tapi minggu lepas awal awal lagi dah bagi tau kat dia...kita nak makan chicken chop kat kedai Hot Mas di jalan Lagenda height. Masa kita sampai saja kat situ kedai tu pulak yang tutup. Aduhai...apa lah pasal and at last baru tau yang dia selalu off hari Rabu, So the next day kita pergi lagi hha lega kedai tu buka tapi masaalah nya ramai customer dok berbaris untuk nak dapatkan tempat duduk. Apalagi nak parking kereta pun pusing dua tiga round masih penuh....last last makan kat tesco sajalah.
Sebelum ini noor dah pernah pergi makan kat kedai ini..ternyata masakan nya sedap malah murah berbanding kedai lain. Sebab sedaplah nak pergi lagi...

Finally kali ke empat kita kesana kita dah plan awal sikit dari time biasa .... lega orang tak berbaris. Maka dapat lah makan chicken chop .

Nie lah gambar nya......p/s ambil dengan h/p .






yang ini lak ...buatan sendiri.



Quote:

Masriyah > Boleh tahan saja

Zabariah > kalau duk kat oversea tu nak cari kedai yang halal susah sikit...takpa nanti balik sini boleh makan puas puas.

Mamafami > Ok saja....sebenarnya nie le first time akak cuba buat selalu makn kat luar.

Mamasya > takut kempunan last last nak selalu makan kena cuba buat sendiri

Ana > akak selau dok lalu kat sg.dua pergi rumah adik kat seberang jaya.

Amal > Salam....alor setar jarang jrang kesana kalau pergi pun rumah adik ipar sebab tak ada saudara tinggal kat sana.

Cinta >...sedap nama awak.

Afza > Akak tak pernah pegi lagi kat Jln sekerat tu, tapi dengar kengkawan kata kat situ pun sedap. Bila kita dapat jumpa ya...tempohari nampak lah anak Afza kat kantin masa akak pergi hantar makanan buat amirul.



Saturday, 28-Jun-2008 15:17 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
View all 4 photos...


Dah lama jugak tanam pokok limau ini ...hampir setahun baru mengeluarkan buah. Pokok ini di tanam dalam pasu di halaman depan rumah saja. Actualy selain dari pokok bunga orkid, noor suka jugak tanam tanaman yang boleh makan...tak payah beli. Sebab kadang kala kita nak guna sedikit saja...kalau beli tak jual sedikit...seikat banyak lah pulak. Selebihnya selalu simpan dalam peti sejuk. Pastu terlupa pulak...last last buang saja. Tapi bila dah tanam....ambil sikit bila nak guna...cam kampung laman lah. Hal nya tanah kat depan rumah hanya sekangkang kera saja.
Selain dari pokok limau, noor tanam pokok daun pandan, daun kari,daun pudina, pokok kunyit,cabai merah dan cabai melaka. Tak yah beli petik bila perlu. Semua ini di tanam dalam pasu saja. Pokok serai atas tanah ...yang nie tak main dalam pasu...tapi bila daun nya panjang cepat cepat kerat, supaya tak nampak semak.




Gambar ini pulak di ambil masa noor dan kawan kawan meraikan harijadi Kak wati yang lalu. Sebenarnya birthday dia dah lama tapi kami tak sempat berkumpul untuk bersama. Hanya baru baru ini saja semua orang free bukan nya apa time t cuti sekolah masing masing tak ada masa. Kita celebrate kat Kopitiam saja...time tu anak kita kat sekolah yang sama maka senanglah nak jumpa.
Inilah saja yang dapat kita kongsi hadiah untuk birthday women.
















Quote:


Zai > Bagus untuk semua kegunaan semulajadi

Adik Shafiq > terima kasih

Madiha > Buat masa nie ok lah apa yang di tanam menjadi. Tapi bila pegang buttercream habis cair cepat cepat kena masuk peti sejuk.

Rinn > Ari tu kat kopitiam centre square...kadangkala kat gaint saja.

Jie Jie> Bila kita tanam dan tanaman tu menghasilkan buah, buat kita rasa best semacam. Tak tau nak cerita lah ..lagipun inilah langkah berjimat.

Masriah > Buah limau purut...daun boleh masak tomyam

Hanie > ya buah limau ada dua jenis yang akak tanam sekarang...tapi semua dalam pasu aje.

Roszana > hehe petik buah memang best








Monday, 23-Jun-2008 09:56 Email | Share | | Bookmark

 






















Kuih ini di ambil dari cik nurdia . Harum manis namanya seindah rasa nya yang enak jugak. Boleh di katakan jenis jenis apam . Senang nak buat dan simple. Noor nak ucapkan terima kasih pada nurdia yang sudi berkongsi resepi mudah dan ringkas dan paling best ekonomi. . Untuk resepinya noor paste kat bawah ini...tapi jboleh jugak lawati link ..nurdia.blog.ekawan.com .

Nurdia....akak copy n paste saja resepi awak ye...malas nak taip.....

Harum manis

Bahan bahan

300 gm gula melaka
350 ml air
3 biji telur
200 gm gula pasir
350 gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh bicarbonate of soda

(3 bahan diatas diayak)

1/4 sudu teh garam
1 sudu maka esen vanilla
50 gm mentega, dicairkan
8-9 biji pisang raja dihiris bulat tipis

Cara-caranya

1.
Masak gula melaka dengan air hingga larut. Tapis dan sejukkan.
2.
Pukul telur dan gula hingga naik.
3.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dengan menggunakan spatula dan kacau rata.
4.
Kemudian masukkan esen vanilla dan mentega cair serta sirap gula melaka dan kacau hingga sebati.
5.

Sapukan acuan-acuan kecil dengan mentega.
6.

Tuangkan sedikit adunan kedalam acuan, isikan tiga suku penuh sahaja lalu letakan hirisan pisang keatas adunan.
7.

Kukus kesemua adunan itu selama 15-20 minit. Sejukkan dahulu.

Note: noor kurangkan pengunaan gula kepada 100g saja


[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net