Noor's FotoPage

By: Noor Yussoff

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 23-Jul-2008 08:14 Email | Share | | Bookmark

 
 


Pagi tadi cuaca nampak muram macam nak hujan tapi belum lagi. setelah Amirul ke sekolah ....seperti biasa mula buat kerja routine harian.
Sedang leka berkemas apa tidaknya rumahku bagaikan tongkang pecah sebab kabinet dapur di makan anai anai.....Tak berganti lagi. Nie kira projek tertangguh oleh cik abang.
maklumlah sekarang nie harga barang sedang naik itu ini naik maka kenalah servey dulu kalau nak buat . Talipon berdering ...eh siapa nak call pagi pagi nie pulak. Aiseh rupanya kawan sekolah (geng ibu ) sekolah anak ku .
Selalunya perjumpaan kami kat sekolah anak time break pas tu kami ke kedai makan sambil tu cuci mata kat shopping mall . Tapi hari tak free....aiseh....kesian pulak kat depa. Dah banyak kali tak dapat pergi tapi kerja rumah siapa nak siap....
hari nie noor tak free. ...next time lah. kena plan masa.
Terasa macam kerja ofis le pulak.

Makanan pagi tadi adalah lebihan spagetti yang ku rebus semalam pas tu guna setengah saja. sayang nak buang so pagi tadi noor buat se simple saja....kosong hanya ada sedikit daging burger yang di racik halus.







Waktu hujan mula turun dengan lebatnya tengahari tadi tiba tiba ada call lagi...rupa rupanya kawan kawanku ada kat luar pagar. Bergegas pergi kat luar buka pintu pagar dalam hujan yang sungguh lebat ...datang mengantar satu bag plastic besar makanan.
Rupa rupa nya makanan nie kiriman dari Yanie. Terharu rasanya pabila kawan kawan datang jugak kerumah setelah noor tak free nak keluar ke sekolah. Ingat jugak depa kat noor sampai dalam hujan lebat nie sanggup depa datang. Bertuah sungguh noor dapat kengkawan macam nie. Syukur pada Allah dan harap persahabatan kita kekal sepanjang usia.
Dalam bag tu ada banyak makanan....terima kasih Yanie serta tak lupa pada Kak NoorShidah dan Kak Ros yang datang kerumah.



Quote:

Amal > Betul tu yang buat akak terharu benar.
ciku > akak kalau masak suka yang ringkas aje...dan sedap di makan
Mamafami > Tulah mama susah lah nak cari sahabat yang baik camnie..tapi mama pun apa kurang nya ....begitu pemurah hati serta tidak lokek ilmu untuk di kongsi bersama.
Faza > akak lihat fp faza pun banyak menu yang baik baik belaka
Shima > Alhamdulilah dapat kawan kawan yang baik dan pemurah dan akak rasa dalam fp nie pun banayk kawan kawan yang camnie sebab sudi berkongsi ilmu


Monday, 21-Jul-2008 09:14 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
View all 7 photos...


Kelmarin merupakan hari ulangtahun anak saudara akak yang pertama. Dah besar pun tapi oleh kerana dia nak sangat kek dia ada gambar barbie ....hehe tak kisahlah .
Dia nampak gembira sekali sebab dapat kek tu walaupun dah ada yang di beli tapi kek yang ku buat ini di simpan ..sebab nak bawa ke sekolah makan dengan kawan kawan . Terharu sekali tapi aku gembira walaupun kek tu tak secantik mana tapi dia sangat berbesar hati.


Kek nie pulak atas request Liza sebab dia memang suka makan kek nie.


Yang ini pulak gambar kenduri yang lalui
















Note : hanya dua gambar semasa akad nikah saja yang di ambil oleh kemera akak yang selebihnya di rakam oleh jurugambar ....akak hanya mengedit saja.untuk koleksi .
Baru dok belajar ....

Quote:

Amal > noor tak ambik tempahan .. buat hanya untuk suka suka saja selain dari nak makan dan selebihnya suka meniru patern deco ..hobikan lagipun anak noor suka makan kalau ibu dia yang buat. Lg pun dah jadi surirumah banyak masa terluang tu lah kita dok copy cat jadi tak payah beli.

s.sahida > terima kasih...

Madiha > kek nie sedap jugak akak pun sama kalau ada mood semua nak buat

Jasmeen > sebenarnya kita dok belajar...suka suka saja.

Hajar > seronok kalau dapat anak buah banyak sebab anak kita sorang sajatulah boring bila dia pergi sekolah kita duk soroang kat rumah.



Sunday, 20-Jul-2008 09:54 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
View all 4 photos...


Sebenarnya dah tak tahu nak masak apa.....buka almari resepi banyak idea sampai takl tau nak pilih semuanya best best. Tapi hari ini akak kurang sihat....so masak lah yang simple simple saja.
Ingatkan nak makan nasi bungkus saja tapi hujan pulak, so masak apa yang ada dalam peti. Sebut saja petisejuk tu haha dah lama tak servis...... so nie kira kira tertangguh.
Seharusnya minggu ini tapi memandangkan rasa letih badan eeerk malas lah tu, jawap nya hari lain lah pulak. Hari ini akak sempat buat dua biji kek untuk anak buah dan juga ayah dia serentak birthday. Kek dah masak tapi tanpa solekan lagi.


Mee goreng nie akak buat masa minum petang.






Gambar sekitar kenduri adik yang lalu....
Yang nie pulak anak saudara akak....sibuk membantu kerja. Selebih gambar akan paste kemudian nanti.







Gambar anaku yang terlena di belakang.


Monday, 14-Jul-2008 09:51 Email | Share | | Bookmark

 
 

Pagi tadi setelah habis mengemas teringat pada satu resepi yang telah lama tersimpan...nampak macam senang saja . Nama kuih tu ...caramel cake aka apam gula hangus. Setelah habis teliti baca dan faham baru lah kita sedia kan bahan bahannya.
Tak sangka betul; sekejap saja dah siap . Kalau macam nie boleh di buat sarapan pagi la sebab ringkas dan cepat dan sedap pulak.



Dalam satu adunan dapat di buat dalam 14 biji ...casing sedang.
Resepi nya di ambil dari blog seseorang ...tapi maaf ye dah terlupa nak tulis namanya.

Caramel cake aka apam gula hangus.
Ingredients:
150 g gula
100 ml air panas
70 g butter
75 ml evaporated milk
1 egg, di pukul sedikit
150 g tepung gandum
1 tsp bicarbonate of soda
secubit garam

Penyedian.
Masukan 150 gula ke dalam periuk dan masak sehinga bertukat warna keperangan.
Kemudian masukan air panas kedalam gula tadi dan biarkan mendidih sebentar dan sejukan.
Tepung gandum, soda serta garam di satukan. Setelah adunan gula sejuk sedkit masukan butter dan telur kacau sebentar dan di ikuti dengan tepung yang di satukan.
Masukan susu ...kacau sebati.
Panaskan kukusan dan kukus kuih selama 15-20 minit.
Sapukan acuan dengan sedikit minyak untuk elakan dari melekat.

Hari ini menu istimewa buat amirul iaitu sup tulang. Nie kesukaan nya.




Quote:

Zai > hehe orang yang pertama sekali....Tahniah
Amal > akak pun cam tu jugak tengok mood ada kalau tak dak mood apa buat pun tak menjadi
Ziela > Sedap tau kerau kerang sebab ianya dapat di pelbagai.
Afza > Nanti akak call kalau dapat join class tu.
Zira > sup daging tak boleh masak selalu sekali sekala tu oklah sebab banyak lemak.
Misliha > entah lah akak pun dah cuba level kan adunan tapi keluar jadi menyenget jugak mungkin sebab kandungan soda kot .
Mie> hehe he cuba lah senang saja


Thursday, 10-Jul-2008 10:36 Email | Share | | Bookmark



Hari ini terasa nak makan kerabu kerang . dan memang kebetulan waktu sekarang banyak kerang terdapat di pasar . Tapi kerang nie kita beli kat kedai runcit yang ada di sekitar taman saja. Kalau ke pasar selalunya time hubby cuti ...selalu kita suka pergi kat pasar Taman Ria sebab di situ ada di buka sampai jam 08.00 malam. Kalau hari hari yang ada pasar malam lagi best sebab murah banyak. Time tu kita beli stok untuk 3 hari.
Malam kelmarin waktu kita pulang dari rumah emak sampai saja kat taman sejati indah terasa nak makan something saja. Perut dah berbunyi tapi jam dah tunjuk 10 malam, Nanti kalau makan malam tak dapat tidur pulak ...dalam hati berkata kalau tak makan nanti tak boleh tidur jugak. . At last singgah le kat kedai nasik kandar subaida yang terletak tak jauh dari trafik light tu. Di sebabkan lewat maka kita makan tosei saja. baru saja makanan sampai tiba tiba blackout. Nasib baik ada lampu emergency tapi tak terang...samar samar saja. Sebenarnya bukan dalam kedai saja, malah seluruh kawasan itu. So minum seteguk air ,makan sedikit sebab hilang selera pastu bayar cepat cepat beredar sebab keadaan menjadi gelap.

Berbalik pada menu hari ini ...ada lah dua tiga lauk .
Kerabu kerang kali ini di tambah dengan sedikit hirisan bunga kantan so rasanya lain sikit. Hirisan bunga kantan nie kena hiris halus.



Nie pulak telur goreng yang kita tambah cili padi dan sosej potong kiub dan sedikit lada.



Paling penting mesti ada ikan goreng dan sayur.



Last sekali anak kita mesti ada kuah...



Quote:

Amal > saja nak lain sikit

Madiha > akak makan kerang tak da la alegi tapi kalau makan udang terlebih sukatan bibir akan menjadi tebal semacam aje so kena stop

Zai> akak cuba mengayat je teringat masa waktu sekolah dulu..wah

Umi > kat sp time nie selalu ada di jual tapi best jugak kat semenanjung terutama sabah ...ikan semua besar besar.

Zira > last minit punyer preparation ...taruh apa yang ada

Fazarina> sekali tu sedap lah kalau selalu jadi jemu pulak

zeti > akak suka jenjalan rumah orang lihat resepi ...nanti akak try

Mummy Jam >Kita pun makan kerang sorang sebab family member tak suka ,,,kalau buat lebih tu pas kat jiran sebelah rumah saja.

Afza > Bestnya tapi bila tarikh nya sebab nak kena check dgn hubby dulu kalau dia free.

Roszana > kerang boleh di perbagai masakan ...hentam saja lah

Mamafami > akak selalu guna rempah babas kalau masak kari dan di tambah secamca kecil pes tomato. , cubalah lain sikit rasa. Tapi kena balanced dengan air asam .



[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net