Noor's FotoPage

By: Noor Yussoff

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 27-Oct-2008 14:44 Email | Share | | Bookmark

Kelmarin memang terasa nak makan serawa labu. Di rumah family memang tak suka makan manisan atau bubur macam ini. Selalunya kalau noor buat hanya untuk 2-3 orang makan saja. Satu bahagian untuk noor dan yang selebihnya hantar kat rumah kawan.


Hari ini cuti Depavali anak anak tak sekolah mula nya plan nak pergi rumah adik buat beberapa hari tapi terpaksa cancel sebab anak nak exam tak lama lagi. Peperiksaan akhir tahun untuk darjah lima tahun depan Upsr pulak. Eeemm nak buat apa untuk makan di hari cuti. Nanti surf dulu cari resepi yang sedap dan senang di buat.

Quote:

Amal > Pingan cantik bunga saja cantik tapi tak mahal semua nya borong kat Parkson yang penting benda dalam pinggan tu mesti sedap.
Madiha > Mungkin loghat atau bahasa daerah yang membezakan . Tapi kalau kat Penang depa panggil serawa saja.


Saturday, 25-Oct-2008 08:25 Email | Share | | Bookmark
Salam buat semua

Dah lama benar tak update sejak talian di sambung semula....hampir sebulan lama nya barulah di pasang. Tapi bayaran perkhidmatan kena bayar walaupun tiada perkhidmatan. Eeemm biasalah.
Bila dah lama tak update kat sini memang terasa malas nak mula lagi pun sejak kebelakangan ini nak upload gambar lambat sekali lantaran itu wujudlah satu blog lagi iaitu http://noorsl.blogspot.com sebab masa itu kita guna wifi kat cafe saja.



Lama dah tak buat kek sponge ini anak noor dah tanya bila nak buat biskut raya pun dah habis. Semalam jugak kita sediakan. Lihatlah sebab nak cepat siap...butercream tak sapu betul betul maka bercetak lah sikit. Emmm tak palah dia saja nak makan janji kat tengah lapisan tu ada blueberry.



Resepi kek ini ada kat sebelah sebab sebelum ini dah buat tapi versi yang berlainan cuma di lapisi jem blueberry saja. Rasanya masam masam manis memang sedap. Noor selalu guna resepi ini bila nak buat kek sponge yang kategori kan emergency sebab ianya tidak menghampakan .

Gambar ini masa kami berjalan jalan di jaya jusco yangbaru di buka wisma Aeon di Bukit Mertajam. Hari itu seharian hujan kami tak tau nak pergi mana selepas pulang dari rumah adik, nak pulang rumah hujan semakin lebat maka cari tempat berteduh di samping jamu mata.

Amirul semakin hari semakin tembam....haha.

Sebahagian dari koleksi mcd Amirul nampak menyemak saja lantas hubby atur sepanjang tangga ..eeem kalau tersepak jatuh atur balik....tak pecah.

Quote:

Mamafami > Zaman kita lain time kecik Mcd pun tak wujud lagi kat Msia. Kalau ada pun mainan beruang saja dgn anak patung. Yang tu saja yang mak ayah akak mampu beli .
Amal > Wasalam lepas nie insyallah kalau line kita tak kena curi lagi dapatlah kita bercerita tentang resepi yang telah kita buat.
Azfa > Wasalam, kita masih dalam kontrak permasangan selama 2 tahun baru boleh terminate cari broadband lain. Tempat kita selalu kehilangan kabel memang susah sebab anak noor ambil online tutorial memang problem. Anway nex week anak kita ada exam.


Monday, 22-Sep-2008 14:55 Email | Share | | Bookmark
Kabel ku hilang lagi

Selamat berpuasa pada kawan kawan semua dan tak berapa hari lagi kita akan menyambut Aidil fitri. So Noor ingin memohon maaf jika sepanjang bersiaran di sini terkasar bahasa. Untuk pengetahuan semua talian hari itu telah pun di sambung hanya untuk beberapa hari saja dan kemudian nya kabel di curi lagi. Tak tahu lah apa nak jadi so buat masa ini noor guna internet kat tempat yang ada wifi sajalah...so nak tempek resepi dan gambar pun tak sempat. Insyallah jika line ada nanti kita paste resepi dan gambar terbaru.
Salam,
noor


Friday, 22-Aug-2008 09:37 Email | Share | | Bookmark

Adalah di maklumkan saya tidak dapat mengupdatekan fotopages dalam masa kini sebab talian talipon saya di curi....sampai sekarang tiada servis lagi. Insyaallah berjumpa lagi bila sambungan seperti biasa.
Salam


Friday, 8-Aug-2008 16:22 Email | Share | | Bookmark



Sebelum mula tugas harian selalu kita check dan cakap dengan pokok bunga dulu...siram sedikit sebanyak bubuh apa yang patut. Teringat nak ambik gambar orkid putih ...pokok nie dah hampir 2 tahun....kerap berbunga tapi kali ini bunga dia lebih besar sikit
sukanya kita bila bunga sentiasa mekar.


Sarapan pagi ari nie berat sikit ...kalau makan kue teow nie nanti waktu lunch tak terasa nak makan selalu lewat tapi jam 09.00 dah siap masak untuk lunch. Senang kalau kes memasak nie kita beres awal pas tu kita boleh mulakan berkemas rumah dan mula kan hobi kita. Tapi kadang kala lewat masak jugak kalau kehabisan stok lauk sebab kena pi kedai dulu.


Selepas sarapan dan masak untuk lunch kita kemas pulak gerobok barang ....check stok baru perasaan barang yang sama tapi beli di kedai berlainan dengan harga yang berbeza. lari banyak gak tu.....


Kiraan stok barang bukan apa...takut date dia expired dah tak dapat guna sayang gak tu. Apa apa pun hari ini kami makan sup tulang dengan sayur kacang panjang goreng belancan dan ikan goreng simple saja tu.
Nie pulak aktiviti hobi semasa....buat kek lagi tapi kali ini nak bagi kat ustazah yang mengajar anak quran. Aceli anak dia ada di hospital tapi sekarang dah keluar so kita nak bagi dia seronok lah. lagipun kita memang nak test buat bunga rose dengan buttercream yang menjadi impian tapi tak penah menjadi pun bunga . nak pergi berguru hubby selalu tak boleh cuti kalau nak pergi sendiri pulak dia tak izin.So hari nie memang tekad nak cuba buat gak nasib le kalau jadi alhamdulilah kalau tak nex time kita buat dia sampai jadi hehe lihatlah bunga yang kita buat...tersengeh sana sini macam tuan dia
.






Quote:

Azfa > Kedai Sayang, Northern dan kedai sebelah nasi beraini tmn sejati tu selalu gak cari barang. tiga kedai nie ada speciality nya kalau kat sayang ...banyak benda assesori kek baru ada mahal dan murah ,N, top tu pulak ok aje tapi tokey kedai tak friendly manakala kat tmn sejati.assesori tak banyak sesuai untuk org beli nak berniaga.yang beli banyak .

Ida > Kita buat bunga rose bila mentari dah terpacak sebab tu kot dia tersipu sipu nanti kita praktis buat time pagi aje.


[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net