Noor's FotoPage

By: Noor Yussoff

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Thursday, 18-Dec-2008 01:00 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
View all 7 photos...
Lama jugak noor tak update di sini.....sejak wujudnya blog yang lagi satu iaitu:http://noorsl.blogspot.com. Konsepnya sama saja adalah mengenai masakan dan cerita harian. Apa apa pun tak lama lagi kita bakal menyambut Tahun Baru 2009. Rasanya masa berlalu terlalu cepat sekali kalau nak di kejar .
Banyak peristiwa sedih dan gembira dalam tahun ini..Naik turun kehangatan dapur akibat kenaikan harga barang begitu terasa.
Baru baru ini noor singgah sebentar di Queenbay secara tak di rancang sebab atas jambatan terlalu sesak dengan kenderaan sebab ada kemalangan. Jarang jugak kita kesitu sesekali singgah seronoklah. Banyak hiasan sempena menyambut hari Natal.
Gambar gambar nie pulak di rakam semasa kami di Jaya Jusco Bandar Perda. Emmm free show anak noor pun tak nak lepaskan peluang untuk melihatnya.






Lapisan bawah kek ini adalah kek sponge coklat. Resepi untuk buat orange mousse .

Orange Mousse Cake
Bahan

200g orange puree
1 Tbsp serbuk agar agar + 50g air (rendam bersama 5 mins)
2 biji kuning telur
30g gula
150g Non-dairy whipped cream
Sedikit buah limau dalam tin- di cincang

Cara
1. Masakan pes orange bersama gula hingga mendidih , angkat dan sejukan sebentar.
2. campurkan kuning telur kedalam puree tadi and kacau sehingga sebati
3. Letakan kembali di atas api serta masukan serbuk agar agar dan kacau sebati
4. Biarkan suam.
5. Pukul whipped cream sehingga kembang kemudian masukan adunan tadi bersama ketulan buah yang di cincang ke dalam whipped cream.
6. Tuangkan ke atas sponge cake dan sejukan sampai ianya set.

Quote:

Zai...apa khabar sekarang...haha Show nie semasa ahari sabtu jam lapan malam minggu lalu. Sasame street siap dengan pentas yang cantik dan sound system yang baik. orang yang mamainkan peranan tu pulak semua orang luar selepas ini mereka akan ke genting .
amal > Betul tu noor buka blog yang ini sebab tempohari ada masaalah dan excess ke fotopages sebab tu buat yang baru.
Mummy Jam > Memang time time nie banyak acara maka budak budak pun suka nak jalan jalan. Kita pulak kena spend duit sedar sedar terlebih belanja.


Thursday, 6-Nov-2008 09:44 Email | Share | | Bookmark

Hari nie mood ceria sebab kerja rumah dah selesai baru lah boleh update kat sini. Menu hari ini simple sangat nasi putih biasalah. Manakala lauk pula kurma daging, sebab lama tak makan kurma. Tapi akak paling suka kurma telur....bukan save budget tapi kalau kena buatnya jadi sedap. Kalau ada kurma mesti ada sambal belacan dengan ulam salad atau timun Ummmmph sedap.

Tapi yang lain sikit nie dalam hidangan hari ini Kerabu sotong ala thai ..uuuumm memang selalu dok makan tapi kat kedai tomyam . So yang nie first try , ingatkan susah rupanya senang saja. Di tambah pulak dengan air perahan limau nipis disamping aroma daun ketumbar yang segar menambah selera pulak.
Oooop sepinggan saja nanti berat badan pulak yang naik...tak muat baju pulak.


Kerabu Sotong ala ThaiBahan
Sotong-saya guna 5-6 ekor sederhana besar
2 biji limau nipis
Daun ketumbar
1-2 bawang besar
3 sudu besar fish sauce - saya tak guna
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam (ikut rasa)
5-10 Cili padi (ikut rasa)
1 biji tomato-dipotong kiub
Cara-cara -
Bersihkan sotong. potong bulat2, dan rebus . Jangan terlalu lama
Toskan airnya.
Potong cili, daun ketumbar, bawang besar dan tomato.
Campurkan kesemuanya dan akhir sekali perahkan air limau nipis, secukup rasa



Minum petang pulak makan karipap yang di buat sejuk beku...yang nie spare kalau kalau ada tetamu yang datang rumah dan tak sempat nak prepare apa apa, so makan ini ajelah. Rasa nya resepi karipap pun dah ada jadi tak payah akak post lagi. Cuma kalau nak simpan lama sikit bakar dulu dalam oven sekejap saja bagi kering dan tidak melekat. Pastu boleh simpan dalam 4-5 hari saja tanpa pengunaan bahan pengawet.


Monday, 3-Nov-2008 05:23 Email | Share | | Bookmark
Nostalgia masa lalu

 
 
 
View all 4 photos...
Eemmm hari ini tak adalah entry masakan sebab aku teringat kengkawan lama pabila album klasik terjumpa kembali. Lantas cari scanner dan scan untuk tatapan semua.
Kawan noor ini nama Norani atau lebih mesra dengan nama Anni saja semasa kami di AMD. Satu tempoh yang panjang jugak dan time tu kiranya kami baru habis sekolah dan di sinilah kami berjumpa. Tapi berpisah setelah dia mendapat kerja sebagai guru. Dengar khabar selepas maktab dia posting ke kuching dan kini kembali ke penang. Rindu jugak sebab dah lama tak bertemu sapa harap harap jika dia memlawat di fpku ini maka dapatlah kami bertemu.






Masa tu kita tidak bertudung lagi.
Dan kat bawah nie pulak gambar di alam persekolahan tingkatan 4.Berlatarbelakang penang sport kelab dan bukit. Kelas kami time tu di hujung so kalau boring boring tu jengok jengok kat luar. Hadapan bangunan sekolah pulak ada court basketball dan juga sebagai tempat perhimpunan hari isnin. Kadang kala kita buat PJ kat sini. Masih ingat lagi tenaga pengajar nya merupakan cikgu lelaki Mr.Thiru orangnya sangat tegas...tapi tau taulah bila anak murid perempuan. Sepatutnya cikgu perempuanlah yang layak ajar jasmani untk budak perempuan sebab sekolah nie hanya satu gender saja. Tapi time dulu kot orang tak berapa kira dalam aspek, Bukan sekadar mangajar jasmani dia juga ajar kelab berenang time tu.
Tapi memang respect guru guru waktu tu semuanya begitu menitik berat dalm prestasi murid tak kira bangsa.
Dalam banyak guru guru masih melekat kat kepalaku adalah Mr Lee and Mrs Lee . Husband and wife , hubby dia nie memang takut tahap gila kalau dia tanya soalan tak dapat jawab pasti kena ketuk di kepala dan paling tidak buat jawapan dalam satu muka surat supaya ingat. Huh....lengoh tangan ku menulis nex time pay attention lah jawabnya. Wife dia memang sporting gila...another person kita gelar mrs calahan bukan nama sebenar nie nick name yang kita beri special untuk dia sebab dia nie bak seorang model. Bila cikgu berpakaian cantik dan sesuai mood belajar lebih dan tiap tiap hari mesti nak lihat dia .
Cikgu Fardilah nie pulak mengajar Bahasa lulusan Ukm. Memang class cara dia mengajar dan masa SPM tu semua orang skor the best.
Cikgu kimia kita pula nama nya dah lupa tapi terkenal dengan nicknama Mr Atak...sebab dia nie tak fasih berbahasa Bm maklumlah time tu sekolah telah ubah status dari eng ke Bm so dia bila cakap pun tersekat sekat dan kadangkalan kita yang kena betulkan atau translate ke Bm tapi walaupun tersekat sekat cara dia mengajar memang best sebab tu kita ingat sampai sekarang. Kita berjaya dalam hidup atas usaha mereka yang di kenali dengan nama cikgu. Tapi sekarang musim berubah zaman anak anak kita tak sama dengan cara kita belajar dulu. Ada pro dan contra.



gambar nie pulak masa lepas buat show kat sekolah dalam acara tarian dan drama. Noor time tu menari joget saja. . Berlatarbelakang kantin sekolah dan kat depan kita ada tennis court.


Masa nie posing kat atas Fort padang kota. Time nie sudah berkerja.









Zai > nanti akak buat award kat zai ye

inasaly> Harap harap begitulah setelah lama terpisah. Finaly akak dah jumpa Lia so tak rugi kan akak buat nie

Yatie >Terima kasih kerana melawat fp ini. Copylah yang mana perlu sebab akak pun camnie jugak copy dan usaha buat kadang kadang jadi kekadang tidak ...tak kena cara kot.

Imah > Doakan semuga cepat siap rumah...pastu tu akak bolehlah lihat yang dah siap.....tak sabarlah.Kita tinggal berjiran akak di S.Petani.

Madiha > Insyaalah kaki akak dah sembuh dan dah boleh berlari dah. Tapi akak berlari anak saja. tak macam time remaja dulu dari datok keramat sampai ke gurney drive seawal pagi.


Thursday, 30-Oct-2008 14:35 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
Alhamdulilah hari ini walaupun masih bengkak di peha tapi masih mampu berjalan macam biasa.
Selepas pergi berurut dan panas kan tuala dengan air panas dan tuam di tempat yang lebam.
Waktu petang hubby tak perasan ....malu nak beritahu dia sebab semua ini kecuaian sendiri.
Tapi masa breakfast tadi dia tanya kenapa semalam bau minyak urut. . Alah terjatuh sikit saja sebab itu lumur minyak .
Apa pun lihatlah pic di bawah. Inilah teko yang di maksud kan . Benda ini tak lah semahal mana pun tapi inilah barang dapur yang pertama yang di beli semasa kami baru kawin. Teristimewa, tekonya kecil molek khas untuk dua orang saja.



Hari ini dapurku berasap kembali seperti biasa. Menu simple saja kerabu kerang dengan tauge dah lama tak makan manakala gulai lemak ikan masin bersama nenas .....kesukaanku . Kalau masak gulai lemak ini mesti ada sambal belacan. Tapi hubby tak suka so kena extra iaitu sotong .goreng berempah.








Quote:

Amal > alhamdulilah bengkak dah surut . Harga piring mahal dan murah kalau kena cara coraknya nampak menarik kan.
Azfa > Bab kerabu nie kadang malas nak buat sebab kalau buat kat rumah nanti makan nasi banyak
Zai@dapur impian > salam .Noor tak buat koleksi sebab ruang terhad dan tak mampu nak beli barang dalam ketegori mewah
Zai Kulim > tahniah akak dengar dah berisi ...take care


Wednesday, 29-Oct-2008 05:57 Email | Share | | Bookmark

Sedih sungguh pagi tadi awal awal lagi dah jatuh dalam lubang. Akibatnya peha kanan bengkak sedikit. Seawal pagi memang lazimnya noor akan keluar berjogging sekitar kawasan perumahan dan selepas itu akan singgah di kedai runcit membeli barang. Pagi tadi selepas selesai membeli barang basah harian, noor telah di jemput kerumah sahabat lama. Mulanya rasa tidak mahu pergi kerumah dia tapi kesian jugak dia betul betul nak noor pergi kerumah dia.lagipun dua hari yang lepas dia buat kenduri -anak dia khatam Quran noor tak dapat pergi sebab ada tetamu datang rumah,
Dia mengajak naik kereta tapi noor kata tak payah lagipun rumah dia tidak jauh dari situ. Maka dalam perjalanan ke rumah dia tak semena mena aku terjatuh kedalam longkang yang airnya aduhai hitam sekali. Huh apa lagi semua benda yang ku beli bertaburan atas jalan.
Alhamdulilah pehaku bengkak sedikit dan calar calar saja. Masih boleh berjalan. Masa jatuh dalam longkang yang penutup nya di curi orang, ramai jugak yang datang menolong.
Terima kasih pada kawan kawan kat situ.
Insiden kedua pulak waktu dah tiba di rumah, terasa nak minum teh panas dangan nasi goreng. Tak semena mena tudung penutup teko kesayangan jatuh berkecai.
Dalam hatiku dah bukan rezekiku.
Sayang tu memang sayang tapi nanti ku kawinkan dengan penutup yang lain saja. Habis kaca berselerakan atas tiles...kena cuci dapur pulak. Eemmm banyak kerja dan akhirnya hari ini noor sediakan menu dari kedai.

Yang ini menu semalam.


Resepi kepak ayam goreng ini di ambil dalam Myresepi. Tapi di rumah tak ada rempah lima maka ku tukar saja kepada cajun spice. Nasib jadi juga.






Quote:

Rinn> Syukur sangat sebab dalam longkang tu tak ada benda tajam atau binatang yang merayap tu.
Betul tu Rinn pinggan mahal tak semesti coraknya cantik yang penting kita suka tak cantik pun kira cantik . Tapi yang paling penting dah beli kena guna kalau tidak membazir namanya. Sekarang internet dah ok harap kabel tak kena curi lagi

Kak Amal > Siap taruh minyak waktu pulang rumah dan ada jiran kat situ boleh urut. Pinggan pecah nak buat macam mana asal kan tak timpa kaki sudah cukup baik.



[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net