Noor's FotoPage

By: Noor Yussoff

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 16-Feb-2009 14:49 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
View all 6 photos...
Kelmarin merupakan hari lahir abah yang ke 72 tahun. Selamat hari jadi buat abah. Noor adik beradik telah setuju untuk membuat majlis itu bersama sama. Sebelum ini masing masing ada cara sendiri meraikan nya. Tapi tahun ini berbeza sikit ..abah tak nak keluar rumah makan luar. Dia nak semua ahli keluarga berkumpul serta membaca doa selamat saja.




Inilah kali pertama noor mencuba buat kek bertingkat. T Paak sangka jugak projek dua tingkat ini berjaya jugak akhirnya. Kek ini belum di hias border lagi. Puas jugak memikirkan cara hendak menghias akhirnya naluri nak buat sesuatu yang berbunga sebab abah suka bunga bunga kecil. Jadi tak sangka jugak abah begitu suka dengan kek ini. Syukur apa yang kami rancang untuk majlis kecil kecilan ini berjalan lancar. Semua ahli keluarga berkumpul.
Ini pulak cupcake untuk di beri pada jiran serta marble cake dan juga bihun. Di samping makanan kuih muih untuk di berikan pada jiran sekeliling rumah.




Kek yang telah siap untuk di potong.


Abah di kelilingi cucu cucunya. Kami buat di luar rumah so macam macam lah backgroundnya ye. Pakaian di ampaian hihi menarik kan.

Quote:

mie > terima kasih

madiha > Terima kasih juga pada madiha. abah noor nampak muda sebab dia selalu bangun pagi sebelum sarapan mesti jogging dulu...lepas subuh . Syukur masih kuat lagi cuma akhir akhir nie matanya kurang nampak dan kurang pendengaran. Walaupun dah beli earphone tapi dia rasa tak selesa.

Mama> Terima kasih mama.Akak sebenarnya tarharu jugak bila abah sendiri minta buatkan kek untuk dia . Time anak kita nak kawin lambat lagi tapi rasanya mesti order kot hihi...dah tak larat. Apa apapun jika di panjangkan umur insyaalah serta kesihatan yang baik insyallah.


Sunday, 8-Feb-2009 05:16 Email | Share | | Bookmark
Tomyam Putih

 
 
 
View all 5 photos...


Inilah projek pertamaku untuk tempahan. Ianya secara tak langsung sebab kawan karibku memerlukan pertolongan pada saat akhir . Orang yang selalu di tempahnya ada kecemasan pada saat akhir dan dia tak dapat penuhi permintaan tempahan maka kawan noor minta tolong sediakan. Sikit sikit tu bolehlah tapi adus banyak jugak sebab ini adalah jamuan birthday kid kelab. Nasib baik sempat jugak menyediakan pada saat akhir. Sebenarnya stok di rumah kebetulan di beli untuk menyediakan kek untuk ayah noor tak lama lagi ...habis di gunakan. Lepas nie terpaksa lah beli stok baru.
Banyaklah cupcake yang harus di buat..selalu untuk diri sendiri suka suka saja nak buat macam mana pon dengan relaxnya ...uumm tapi untuk jualan susah gak. Lagipun bab bab deko nie memang belum pas 100 peratus. Lepas antar kek ...noor pun rasa lega jugak sebab dia berpuas hati. Lagipun warna yang terang tu memang kanak kanak tadika suka. ...sib baik gak tu.
Lepas buat kek kek nie memang letih sangat....dapat shoot dua keping saja...sebab masa memang dah suntuk.




Ini pulak lauk kelmarin...simple simple saja




Tomyam Putih
Source : Kawan-kawan Resipi.net

Bahan-bahan
2 biji bawang besar dibelah 8
3 ulas bawang putih dititik
3batang serai dititik
2 inci lengkuas dihiris dan dititik
1 kg ayam potong kecil- saya guna sotong & udang
1 biji tomato potong 8
1 batang celery
Cili padi ditumbuk/Cili hijau belah 4
Sebatang carrot potong panjang seinci
Jus limau nipis / jus lemonDaun limau purut

Cara Membuatnya
Panaskan sedikit minyak di dalam periuk. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sekejap sahaja. Jangan sampai garing.
Masukkan ayam dan tumis sekejap. Tips dari mastura untuk menghilangkan bau hanyir.
Masukkan air dan carrot. Masak sampai mendidih.
Masukkan bahan-bahan lain kecuali jus limau nipis dan daun purut.
Masukkan garam secukup rasa.
Setelah masak semua sayuran tadi (jangan sampai lembik) tutup api dan masukkan daun limau purut dan jus lemon secukup rasa.
Nota : Tambah la apa-apa lagi yang disukai, udang, sotong, cendawan, kobis bunga dan segala macam.





Ini pulak anak bujangku yang selalu tak mahu di ambil gambar...susah gak nak shoot satu gambar.


Monday, 2-Feb-2009 05:01 Email | Share | | Bookmark

 
 
Ini merupakan kek pisang kesukaanku. Dalam banyak banyak resepi kek pisang resepi dari bro Rozan nie yang paling di sukai. Sekejap saja buat tak sampai dua hari dah habis di makan. Tapi kali ini noor tak masukan kekacang sebab dah habis stok. Tapi rasanya ok jugak



Kek Pisang Lembab
Bahan-Bahan :
250 g mentega
2 cawan gula
4 biji telur
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu teh vanilla
3 sudu besar susu cair (sejat)
3 cawan pisang yg dilecek
2 cawan tepung (diayak)
1 sudu teh bic of soda
1 sudu teh baking powder
Kacang walnut, macadamia,pecan (optional)
Cara :

1. Pukul mentega bersama gula hingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji sebiji sambil terus pukul. Kemudian masukkan, vanilli, susu dan garam. Kacau rata.
3. Selepas tu, masukkan pisang lecek tadi dan gaul.

4. Akhir sekali, masukkan tepung lalu digaul hingga sebati.

5. Bakar di dalam ketuhar yg telah dipanaskan pd suhu 180 C utk selama 45-50 minit atau sehingga masak.







Udang goreng halia
500 gm udang
1 biji bawang besar- di potong nipis
2 ulas bawang putih- di cincang saja
2 inci halia- di hiris halus
Sedikit air asam jawa-agak agak lah
sedikit garam,gula kunyit serbuk- di gaul dengan udang.

Udang yang telah di gaul dengan garam dan kunyit- di goreng dengan sedikit minyak dan alihkan. Kemudian goreng hirisan bawang, bawang putih dan halia agak garing barulah di masukan sedikit perahan air asam. Biarkan sedikit pekat dan akhir sekali masukan udang yang telah di goreng tadi. Masak sebentar dan siap.




Monday, 19-Jan-2009 10:23 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
View all 7 photos...



Kelmarin merupakan ulangtahun kelahiran Amirul yang ke 12. Kebetulan di utara pulak cuti sempena keputeraan sultan kedah. Mulanya ingat dah tak jadi nak buat sebab awal awal pagi saja air paip nampak slow mukurlah kek kek dan makanan ringkas sudah tersedia. Yang rumit saja belum buat lagi. Memang pun di kawasan perumahan ...selalu saja bekalan air terputus hari cuti umum, Dah penat talipon jam 2 petang baru ada air. Yang pasti kalau tak ada bekalan air sampai jam 3.00ptg memang dah nak cancel tapi kesian dekat budak budak.
Planning awal nak sedia itu dan ini terpaksa di kurangkan sebab masa dah tak cukup...memadai lah dengan apa yang sudah di siapkan.







Bersama anak jiran




Quote:

Madiha> tulah nasib baik dah siap awal awal...kalau tidak memang tak jadi.
MummyJam> hihi resepi roti tu senang saja mummy clik kat tepi link sebelah.
Fazarina > akak buat semua nya
Zai> syukur dah 12 tahun dah
Jasmeen > hihi sikit sikit ada le....


Friday, 16-Jan-2009 12:14 Email | Share | | Bookmark
Cupcake

 
 
 
Cupcake .....lama dah tak buat. Hari ini praktis buat sedikit dulu nanti dapat lah buat banyak untuk birthday yon yon esuk lusa.
Dah siap mengatur .....mama kena buat itu ini...sebab tahun ini dah masuk 12 . Mama dia mana lah tahu nak buat yang canggih yang simple macam nie pun kira orait lah. Janji boleh makan.
Siap tunjuk dengan dia cam nie ok tak...mama mana pandai nak deco lebih lebih sebab mama tak masuk class pun. Dia pun cakap emmm bolehlah ...sebab anak anak jiran ada yang tadika dan rata rata sekolah rendah lagi. Aisey jangan suruh mama buat kartun Doremon sudahlah.





Quote:

zai > alahai akak baru je update fp zai dan menyapa hihi...ayam ko semangat jauhnya. pegi...la nie kek nanti akak tulis cerita nie kay...sebab sekrang nak keluar kejap..


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net