Noor's FotoPage

By: Noor Yussoff

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]
Monday, 25-Feb-2008 18:07 Email | Share | | Bookmark

Hari ini noor berbasikal seawal 0640 pagi. Apa apa pun selepas Amirul berlepas ke sekolah bersama Abahnya. Penatlah juga menaki bukit yang tak lah tinggi sangat tapi bila dah sekali sekala.....aduhai penatlah pulak bagaikan nak berhenti setengah jalan . Lalu kuberhenti sejenak merenungi tasik....jap pagi nie tak bawak hand phone so tak dapatlah snap gambar tasik....cantik jugak...tapi sekarang dalam pembinaan perumahan untuk Darul Perdana.
Tasik nie dulunya memang tasik semulajadi, airnya agak dalam. dulunya ada orang memancing ikan kat situ tapi sekarang tidak lagi setelah mengalami perubahan persekitaran.



Orkid yang terbaru dalam koleksi ku ....bunganya kelak berwarna orange. Tau tahulah bila ianya akan berbunga harap harap dalam 4 atau 5 bulan mendatang. Kalau nak tahu species apa ...noor tak arif tentang ini, malah tak tahu langsung.
Tapi dalam banyak banyak jenis bunga, orkid lah pilihan utama selain bunga rose.
Tak sabar menantikan macam mana bunga yang bakal terhasil nanti


Saturday, 23-Feb-2008 15:16 Email | Share | | Bookmark

 


Ahak....dah lama benar tak beraerobic nih....pasti sakit le badan malam nanti. Selalu bersenam ala kadar saja...tapi pagi tadi dah janji dengan Kak Pah, kena lah temankan dia.
Bila dah pulang dari aerobic tu Noor makan sup sayur saja.
This time dah bertekat nak lose sekurang kurangnya 5 pound. Jika berjaya kira ok lah.









Sewaktu waktu dulu. Teringatlah kat depa nie bila terlihat gambar lama.


Quote:

MamaFami > Tq .....harap harap suntikan semangat tak mudah luntur
Reen > Dah lihat koleksi beg nanti la


Tuesday, 19-Feb-2008 17:46 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
View all 4 photos...


Gambar ini di ambil ketika senja...waktu tu dalam perjalanan pulang dari kedai repair h /p. Mula nya nak singgah makan kat kedai makan berhampiran jambatan tapi telah di tutup sementara. So kami pun pulanglah kerumah berbekalkan nasi bungkus kedai mamak. sebab hari ini dapur tak berasap.
Nielah kedai yang repair hp tu...kelihatan apek tua tu duduk kat depan kedai sebab cuaca panas kot lagi pun lalu lalang kat sini tak sibuk pun. Kat jalan nie nampak relax saja tapi yang paling best kat sini ada mee goreng. Tapi hari ini gerai tu tak buka jugak.

Kami berdua boring tak tahu nak kemana lantas nak ikut saja hubby keluar main bowling waktu malam. Kami tak main ....... pun malam itu sebab tak bersedia...lihat saja depa main.



Kek ini sebenarnya di buat untuk ayah noor sempena birthday dia yang lalu...tapi apakan daya rumahku panas maka cairlah whipped cream yang di bentuk pada awalnya. Tak sempatlah nak tulis nama habis saja siap kek tu ....cepat cepat masukan dalam freezer.
Cake black forest yang tak secantik kedai....berterabur coklat urai tapi abah ku makan saja tak komen malah kata sedap lain kali buat lagi untuk mak pulak.
Noor pun tak sempat buat banyak hidangan sebab dia waktu kerumah noor baru pulang dari klinik mata.

Selamat Harijadi Abah yang ke 74 tahun. Semuga di panjangkan umur dan sihat sejahtera.



Quote:

Wati > Kalau hubby kena outstation tinggal kami akak dengan amirul saja.
Madiha > Tima kasih Buat masa nie noor masih ada mak dan abah tapi sebelah hubby ...cuma ada adik dan kakak ipar saja.
lee lin> Yang ini abah akak makan la...tak manis kalau butterkrim tu sekadar rasa saja.
Masriyah > Tq
Misliha> Tq...sama sama mendoakan kesejahteraan dalam hidup


Monday, 18-Feb-2008 11:02 Email | Share | | Bookmark

 
Yesterday morning hari ahad, Amirul dah mula sekolah setelah last week minggu sukan. Nasib baiklah bangun awal dan sempat membasuh baju.... kalau tidak kes berat........letrik terputus. Ingatkan sekejap sahaja rupa rupanya memakan masa sehingga lewat petang disebabkan kerja kerja memperbaiki kabel.
Ok lah nak buat apa lagi di hari minggu nak di jadikan cerita ,,,,beteri hp tinggal satu bar saja habislah ....kalau ada call masuk ...maka padamlah ia.....
Apa dapat di buat bila tak ada letrikkan ...cuci petisejuk atas dan bawah. Tapi bila time tengahari dah terasa panas sangat...nak buka pintu rumah luas luas takut jurujual datang memanggil . Maklumlah kawasan rumah noor sekarang nie banyak jurujual suka masuk menjual itu dan ini. Pernah juga nak masuk dalam rumah nak check hose tong gas maupun nak tahu jenis filter air yang kita guna.
So far noor tak buka pintu sebab selama nie memang kita sorang saja kat rumah macam macam boleh jadi.
Hari ini makan apa yang ada saja....dok tunggu bila amirul dah pulang dari sekolah barulah kita keluar makan tengahari kat Restoran santan berlada.
Mula terasa nak makan pizza saja tapi anak noor kata dia nak tomyam . Tomyam pun oklah...tapi kita makan nasi goreng siam.
Nasi nie lain dari yang lain sedap sangat.. .maaf tak sempat nak tangkap gambar beteri kamera pun dah malap
Nasi goreng nie sangat sedap.pedas dan cukup rasa... Next time kalau ke situ lagi mestilah nak order lagi .



Ha...idea membuat daging goreng siam nie tercetus sebab nasi goreng siam la. Maka hari ini noor pun cuba nak buat macam mana yang di rasa kelmarin. well not bad jugak.
Nie resepinya....noor pakai agak agak tau.

400 gm daging isi
10 btg cili padi
2 tsb pes tomyam
2 batang serai - di kisar
2 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit garam n gula - ikut rasa
sedikit daun ketumbar dan daun limau - dipotong halus halus.

Rebuskan daging terlebih dahulu - hingga empok
Keluarkan air rebusan daging dan hiris daging menjadi kepingan.
Sedikt minyak - gorengkan kepingan daging sehingga keperangan dan keluarkan.
Tumiskan bawang putih di ikuti pes tomyam dan serai - hingga naik bau masukan lebihan air daging sehingga pekat dan masukan daging . Masak sehingga air daging dah kering masukan cili padi serta hirisan bawang besar dan daun limau purut.
Jika suka tambah kicap sedikit dan siap di hidangkan bersama hirisan daun ketumbar


Quote:

Masriyah > Tq
Mamafami > Ari nie akak dah lawat laman fp mama...ada ROTI sedap kalau ada kari ayam
Mummy Jam > sesekali kita dah hilang idea jugak pakai hentam saja...tapi itu yang sedap kan
Umi Solehah > Tq umi ....saya nie masih baru belajar masak hanya tiga tahun kebelangkangan ini ...dulu nya hanya nasi dan telur mata saja ...tapi di sebabkan sifo siber kat FP nie ...kira oklah sikit
Lee Lin >Tq.....


Saturday, 16-Feb-2008 07:11 Email | Share | | Bookmark

 
 
Kelmarin noor pi Tesco nampak ada banyak pisang dan murah lah pulak apa lagi shopping pisanglah. Macam macam dapat di buat dengan pisang nie...nak minum air pisang ....Banana smothie. Ahakk,,,bestkan.
Minum di hari yang panas panas nie memang cool tekak. maklumlah sekarang nie musim kemarau . Roti pisang pun dah buat apalagi dengan cucur kodok dan cucur pisang so noor nak try buat kek pisang saja. Rasanya lebih kurang saja antara kek dengan roti adunan mungkin roti tu kita cairkan mentega tapi kek tidak. Nie lah hasilnya nak cantik sikit...noor deco dengan kerim cheese yang balance ari tu ...tak tau nak buat apa. kalau simpan lama nanti rosak pulak. Kek pisang ari nie noor ada chocolate ...ketulan coklat dan jugak kekacang iaitu sedikit walnut dan hazelnut.
Semua ini lebihan kakacang yang di beli waktu musim raya dulu...kalau di simpan lama tak sedaplah pulak.


Kek yang telah di potong dan di hias sikit untuk jiran sebelah rumah. Anak dia yang perempuan tu suka makan kek yang berkerim



Quote:

Rinn > Noor tak guna serbuk koko sbb dah ada choc chunk bila dah cair nampak cam tu lah
Mama > dah lihat kek mama yang comel tu siap dengan nama lagi...
Lea> nak perabih stok lama apa yang ada kita masukan saja


[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net