Noor's FotoPage

By: Noor Yussoff

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]
Saturday, 7-Jun-2008 15:23 Email | Share | | Bookmark

Pagi ini cuaca sekejap mendung dan terik sekali. Mulanya bercadang nak bawak anak keluar gi Centre square sebab dah lama tak kesitu. Tapi awal pagi abang dah bagi tau nak ajak pergi kenduri rumah kawan dia di Sg. Lalang. so agenda awal terpaksa cancel lain kali pulak.
Pagi ini kami hanya sempat bersarapan nasi goreng berlaukan ikan kering masin. Sedap jugak walaupun agak kosong.....lapar katakan. nak beli sarapan yang simple jauh...dan hari nie pulak orang tak berniaga.
Masa kita keluar nak pergi kenduri hari ini panas begitu terik...rasa rasa macam tak mau pergi tapi kesian kat hubby dah janji last last pergi jugak. Makan kat sana pun sedikit saja...sebab terlalu panas di bawah bumbung selera pun hilang....lagipun makan sorang sorang sebab hubby duduk di khemah berasingan.
Waktu balik kat rumah.....hujan baru saja berhenti......eemmm patutlah panas semacam kat situ sebab kat rumah hujan turun dengan lebat. Amanjaya dengan Sg.Lalang tak lah jauh hanya lebih kurang 20 minit saja perjalanan dengan kereta..
Masa balik tu sempat singgah kat kedai beli beberapa barang runcit ....haha dok teringat nak masak apa petang ini.
last last teringat apam noor tengok dalam fp jie....Apam Nenas tapi noor tak ada nenas so gantikan dengan perisa strawberry..maka warna pink lah.
Alhamdulilah jadi jugak ....adunan di bancuh dengan jayanya...dan emmmm sedap gak.
Terima kasih kat Jie jie resepinya yang memang best dan gebu tu.
Nie lah gambarnya......yang bersopak tu...he.. terkena air masak noor angkat tudung.
Ada yang elok benar dan ada yang kurang sikit. but overall sedap.



Resepinya dan gambar sebenar boleh di dapati dalam fp jie iaitu http://juariahhjyunus.fotopages.com.
dan di sini noor copy dan paste dari fp jie untuk simpanan.

APAM NENAS
Bahan-bahan
2 biji telur
1 cawan gula
1 sudu kecil ovallete
2 sudu esen nenas
1 cawan bancuhan susu tepung
2 cawan self raising flour ayak terlebih dahulu
3 sudu Jem nenas
Kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam
pewarna yg disukai.

Cara.
1.Panaskan pengukus
2. Pukul telur, gula, esen nenas dan ovallete hingga kembang dan berwarna putih.
3. Masukkan bancuhan susu dan jem nenas, gaul sebati
4. Masukkan tepung,sebatikan
5. Bahagikan adunan kpd 2 bahagian mengikut warna yg disukai. Akak cuba masukkan sedikit coklat powder dan perisa coklat untuk satu bahagian yang lain.( Rupanya yang coklat ni yang digemari anak-anak)
6. Masukkan separuh adunan dalam acuan, kemudian masukkan sedikit kelapa parut,dan masukkan lagi adunan ke atas kelapa parut tadi sampai penuh.
7.Kukus selama 10-15 minit


Quote:

Buat Jie......izin kan noor copy dan paste resepi kat sini...untuk future reference
Buat Jie......izin kan noor copy dan paste resepi kat sini...untuk future reference

Mis >> warna pink tu sebab akak tak guna nenas akak tukar pada strawberry lak sebab
time tu jem nenas tak ada....nie kira case emergency la

Rose>> Sedap tau tapi yang original resepi tu tak cuba lagi ..nanti ada stok jem nenas nak kena cuba.

Zira> Pasti sedap sebab adunan yang kaler pink pun dah sedap apatah lagi kalau ada nenas...

Ida >> Emmmm rugi kalau tak cuba...sedap nie lagipun ianya ringkas dan ekonomi ..semua barang naik yang ini pun naik tapi tak sakit lah.

Shapura >> Cantk lah gambar perkahwinan anak saudara awak.

Zai >> Bestnya dapat gi cameron......tu salah satu tempat wajib dalam setahun mesti pergi sana sebab sejuk,tenang penuh dengan kehijauan....

..


Wednesday, 4-Jun-2008 15:57 Email | Share | | Bookmark

Patut lah banyak kereta petang tadi berduyun duyun kat kedai minyak. Noor hari ini tak dengar berita kenaikan harga minyak maka tertanya tanya jugak tapi dalam hati dok cakap mungkin minyak nak naik tapi tak tau bila. Kebetulan sangat hari ini memang kena isi minyak sebab dah tinggal satu mark saja....jadi sempatlah isi full tank.
Tadi selepas berita jam 0800 malam sah harga dah naik....nasib noor dah isi...save untuk hari esuk saja.....nanti next tank mesti dah harga baru dah.
Tapi ada kedai minyak yang dah tutup awal awal mungkin sebab nak untung kot atau dah kehabisan minyak.
Well nampak nya kali ini harga untuk semua barang pasti membuat orangramai mengeluh....penat dan lelah yang tak terkata pabila semua naik. Noor macam nak pitam dah mana tidaknya itu dan ini pasti naik sebab semuanya berkait antara satu dengan yang lain. Rasa kesal sebab orang yang sepatutnya membuat kerja dengan perancangan yang baik tidak membuat paperwork dengan betul!!!!!!!
Lama lama orang dah muak dengan pimpinan sekarang . Apa dah jadi !




Apa apa pun Noor nak wished untuk Kak Wati .....

Teristimewa buat Kak Wati


Hari ini noor masak menu simple jugak yang di ambil dari blog matGebu .....kerang yang di cicah bersama sos cili..emmm sedap jugak. Selau noor cicah dengan sos cili dalam botol saja. Tapi hari ini ada kelainan sikit.




Yang ini pulak tempe yang di goreng bersama ikan bilis dan cili padi. Sedap di makan panas panas teringat nak buat nie masa noor ada di P.D tempohari kita di sana kita di sajikan hidangan ini terasa sedap maka berkobar kobarlah nak cuba buat sebijik macam yang di makan hari itu. Dan masak lemak ikan siakap bersama daun kunyit yang di potong kasar itu pun merupakan kegemaranku.


Saturday, 31-May-2008 09:50 Email | Share | | Bookmark


Dah seminggu rilek......jalan jalan , cuti sekolah, musim budak bersunat dan sibuk jugak dengan majlis perkahwinan...Akak pun sama lah jugak.....besuk merupakan ulangtahun perkahwinan kami yang ke15 tahun.
Tak terasa pun lama sebab Amirul baru saja berumur 11 tahun. Inilah kehidupan jarapan semuga rumahtangga yang terbina ini berkekalan hendaknya.

Masih ada cinta...masih merah seperti ini dan sentiasa cantik begini walaupun di mamah usia...susah dan senang di kongsi bersama.





Last sekali mesti ada sayur.

Hari ini kira rajinlah sikit kalau tidak hanya tiga jenis saja....mungkin sebab dah lama sikit berehat maka banyaklah idea....apabila keluar makan kedai......semua nak rasa dan try. ...Habislah diet entah kemana


Friday, 23-May-2008 16:47 Email | Share | | Bookmark




Inilah kek yang paling comot sekali yang pernah kubuat. Frust jugak sebab dah tak cukup masa untuk di perbaiki lagi.
Actualy kali ini noor benar benar terlupa tarikh ingatkan baru 18 rupa rupa hari itu dah 19 hb, so kalut betulah yang ada beberapa jam saja lagi sebelum dia pulang kerja. Aiisee berpeluh jugak membuat kek ini....nasib baik kek jadi dengan gebu nya tapi hiasan yang
tak menarik dan comot. sekali.
Akhirnya sempat jua noor prepare bersama sama menu yang seringkas ringkas nya. Nie lah akibatnya silap lihat tarikh dan terlupa hari. OOO cam pelupa lah pulak.....eeeii dah tua agaknya.
Kadangkala bila banyak kita fikirkan nak di buat maka akhirnya satu pun tak sempurna. Last last relax lah ....tenangkan fikiran dan fokus lah apa yang nak di buat ikut priority


Yang ini pulak sampingan ...hiasan yang ala kadar nak cepat....



Sunday, 18-May-2008 06:23 Email | Share | | Bookmark


Awal pagi



[
Pastu mula start kerja harian dan mulalah memasak seawal pagi.Lepas nie boleh lah mulakan projek kesukaanku....









Menu hari ini dan tiap tiap hari hampir serupa ....cuma tukar sayur,ikan dan cara memasak makanan itu. Kadangkala bila di tukar anak dan bapa yang sama taste tu merungut juga kalau di hidangkan masakan barat. Maklumlah lidah melayu...susah jugak jadi tukang masak nie nak ikut selera. Last last nak tukar selera makan saja kat kedai...habis sudah tak payah lagi dengar komplen.


[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net