Noor's FotoPage

By: Noor Yussoff

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Thursday, 23-Apr-2009 01:49 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
Rasanya dah lama juga noor tidak update sesuatu di sini . Alkisahnya sebab noor sejak dah ada blogger hihi rasa malas nak cerita benda yang dah basi di sini. Rasanya sama saja tak macam sudah tak ada cerita lain pulak.
Nak tutup fotopages nie terasa sayang pulak, sebab inilah pengalaman pertama bercerita di alam maya rasa macam tak adil le pulak. Tengoklah macam mana nanti hihi.
Kelmarin noor rasa seronok sangat sebab selama ini noor tidak pernah berguru dengan sesiapa melainkan malalui pembacaan dan praktik amalan. Noor bukanlah orang yang pandai tapi masih banyak ilmu akirat yang perlu di pelajari. Atas pelawaaan kakak kakak (kawan kawan) yang senior dariku mengajakku pergi berguru hasrat yang selama ini terpendam akhirnya keluar dengan rela hati. Sesungguhnya noor amat berterima kasih dengan kedua kawanku yang baik hati.
Pertama kali aku melangkah masuk ke rumah guru ku itu hatiku berkata ...adakah aku mengambil langkah yang betul dengan menghadirkan diri . Ternyata bila saatku melangkah masuk ke rumahnya hati menjadi tertawan dengan budi bahasa seorang "guru". Akhirnya perasaan malu yang selama ini di simpan terhakis jua dek keramahan serta budi perkerti dan yang paling penting memahami perasaan seseorang yang ingin mendalami ilmu yang tidak terbeli dengan wang ringgit.
Terima kasih kawan kawanku semuga jasamu Allah saja yang membalasnya.



Ini adalah "mimi" kucing liar yang berkeliaran di luar rumah sejak dari kecil lagi. Kami tidak membela tapi hanya memberi makanan saja sebab noor memang geli pada kucing .Sekadar melihat takut nak pegang dan lintang pukang lari kalau kucing masuk kedalam rumah. Jiran sebelah rumah pun dah tahu kalau noor menjerit tu mesti ada kucing masuk rumah hihi time anak pulak tak ada memang takut. Selalunya kucing ini di layan oleh Yon yon dan abahnya saja







Friday, 27-Mar-2009 07:18 Email | Share | | Bookmark
Bingka Jagung

 
 
Masa singgah makan di kedai siam hari tu baru terperasaan hiasan luar bangunan kedai peralatan dapur, hiasannya yang pelik sikit. Sebenarnya banyak kali dah lalu di kawasan itu tapi tak ambil kisah. Mungkin kerana perut dah kenyang lepas makan....hah nampak mangkok tandas ini.
Camana ada berani tak nak letak di luar rumah kita sebagai pasu hiasan!!


Dapurku hampir dah siap pun tapi belum di cat lagi. So nampak memang tak elok pun .....kalau di ambil gambar, kesan kesan simenyang harus di tutup dengan undercoat. Walaupun dengan sedikit ubahsuai letih jugak bila nak mengemas kembali barang yang berselerak. Syukur barang semua sekarang sudah tersusun yang tinggal proses mengecat semula dinding yang bertempek simen bahagian tepi tiles.
Kelmarin sempat menyiapkan bingka jagung. Lama dah tak makan bingka sekali sekala hendak juga buat sendiri dapat share dengan jiran sebelah yang kebetulan hari itu menghantar sepinggan nasi tomato. Jadi hari nie dapat noor membalas kembali pinggannya.



Resepi ini di ambil dari MyResepi.

Bingka jagung
Bahan-bahan ( satu loyang )
250gm tepung gandum
2 sdb tepung kastard
250gm gula pasir
400 ml santan pekat
200 ml air
4 biji telur
2 sdb butter - cairkan
sedikit esen vanilla
1-2 titik pewarna kuning
secubit garam
1 tin jagung krim

Cara-cara
Satukan semua bahan kecuali jagung. Adun sebati.
Masukkan pula jagung. Jika anda tidak suka jagung agak kasar, bolehlah kisar sedikit jagung tin ini terlebih dahulu.
Tuang adunan ke dalam loyang yang digris dengan minyak/butter. Bakar pada suhu 180 degree selama lebih kurang 1jam 20min. Jika suka kuih yang lebih garing pada bahagian luarnya, boleh lebihkan masa membakarnya sehingga bahagian tepi berwarna keemasan
.

Quote:

zai > good info tu zai...n kebetulan pulak ari nie baju putih yang akak cuci pagi tadi terkena karat pada steel bar penyangkut tu nanti akak cuba buat . Mangkok tandas tu pulak buat tempat duduk meja makan rasa semacam je..


Friday, 13-Mar-2009 07:36 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
View all 7 photos...
Yang pasti minggu ini dapurku tidak berasap sebab kerja kerja ubahsuai sedang di jalankan.
Mulanya hanya tingkap dapur saja di makan anai anai ..takut ianya melarat kesemua bahagian maka semua pintu pintu terpaksa di ganti dengan aluminium. Letih badan sebab kerja kerja baru saja di jalankan maka terpaksa lah buat kerja mopping berkali kali sebab berpasir.





Yang ini pulak entry yang dah basi......sudah berlalu. Tahun ini akak tak buat birthday kek special hanya buat cupcake serta bingka untuk di antarkerumah jiran sekeliling saja. Hubby hadiahkan kamera baru olympus 10 m saja. Jadilah untuk kegunaan suka suka sebab yang nikon tu agak lama dah so turunkan pada amirul pulak. Dapatlah dia ambil gambar rakan rakan dia.

Ini merupakan hadiah yang di terima dari Kak Norshidah paling awal sekali belum pun masuk tarikh harijadi lagi. Hihi...sebenarnya akak pun dah lama tak jumpa mereka semua. Sebab dah rindu ku entah bila dapat gath bersama kita keluar makan makan.Haha gadjet baru yang comel nie terasa sayang nak guna .satu set yang di perbuat dari kayu dan satu lagi dari plastic bersama kotal bunga mawar dari Ikea.





Ucapan terima kasih di atas ingatan kawan kawan yang setiap tahun mesti meraikan bersama. Pada Kak Wati, Kak Ros, Kak NorShidah, Kak Zai serta Yanie yang paling muda di kalangan group kita. Akak merupakan ahli kedua muda...emmm dah tua jugak.Semuga persahabatan kita kekal dan sentiasa harmonis. Amin....


Quote:

Zai kulim > terima kasih...waaa omen yang pertama dari zai.Akak harap zai sentiasa sihat serta menghitung hari mendatang. Take care ye
Mie> memang pun cantik nie kan seni gitu.
Rinna > duta ulu bendul aka duta jjcm...aha hijau pun menawan ati tapi akak suka kaler merah...pasnie kau lihat tranformasi bukan af7 saja dapur akak pun tukar jangan terkejut warna nya...alang alang tak dapat cari tiles yang sama.hihi .


Sunday, 8-Mar-2009 01:12 Email | Share | | Bookmark

 
 
Buat Kak Noorshidah. Emmmp sempat jugak ke rumah mengantar kek buat akak tersayang. Kak NoorShidah merupakan salah seorang kawan yang baik denganku. Semuga di murahkan rezeki serta kesihatan yang baik serta gembira dengan family tersayang.
Hiasan kek ini saya kopy dari bog cik helikonia saya memang tetarik dengan corak bunga kecil.





Saturday, 21-Feb-2009 10:30 Email | Share | | Bookmark

 
 


Projek petang semalam. Jiran sebelah rumah beri sepokok daun pandan yang hendak di buangnya. Daun pandannya pulak jenis wangi dan tebal daunnya memang berbaloi warna hijaunya yang pekat setelah di kisar dengan sedikit air. dua tiga hari ini telah banyak resepi telah ku cuba buat semuanya mengunakan daun pandan. Petang ini masih tercari cari resepi apa pulak.


Ini yang telah ku potong untuk di beri pada jiran sebelah. Adalah jiran sebelah dan depan rumah aje...
Dan kepada tuan punya resepi ini terima kasih sebab resepi awak sangat best sekali. Sedap dan creamy...kalau nak kira bintang kira tahap lima lah.

Bingka Pandan
Sumber : LindaZA

Bahan-bahan
Gula 250 gm -200gm - for those who prefer less sweet but still ok
4 biji telor
215 gm tepung gandum
50 gm tepung custard
140 gm mentega [dicairkan]
60 gm serbuk santan
1/2 tin susu pekat
850ml air


80ml jus pandan[5 helai daun pandan dikisar bersama 80 ml air]
50 gm bijan
Sedikit pewarna hijau-saya tidak guna perwarna


Cara-cara
Campur semua bahan di atas kecuali bijan.
Adun sehingga adunan tidak berketul-ketul [kalau nak senang masuk dalam blend jer]
Tuang ke dalam loyang yang telah dilengser dengan minyak.
Bakar selama 1 jam pd suhu 180 C. Bila dah setengah jam taburkan bijan di atas kuih dan teruskan proses membakar



Quote:

Dear Sandra > it's at typing error and have update that error. Hope you will try this great recipe


[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net