Want your
own Fotopage?
















 
Noor's FotoPage

By: Noor Yussoff

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 20-Jul-2009 02:24 Email | Share | | Bookmark
Catatan harian

Agak lama tidak mengemaskini fp ..mungkin ramai yang sudah lupa pada saya. Sebenarnya saya agak sibuk dengan urusan anak dan keluarga iaitu ibu saya yang baru saja menerima rawatan mata. Noor harus kesana sini membuat urusan dan di bantu oleh ahli keluarga yang lain.
Sekarang ibu dan pun selamat...alhamdulilah..tapi masih belum boleh memasak sendiri..maka tugas memanas makanan merupakan tanggungjawab abah pulak. Dirumah mereka hanya tinggal berdua saja.
Kek ini dah habis pun di makan oleh anak saudaraku sempena harijadi Amyza yang lalu. Dalam kesibukan sempat jugak membuat kek untuk dia. Sementara kek lain adalah untuk maktok .









Maaf...kali ini posting pakai phobucket....gambar besar besar belaka.....
Puas benar mengadjust untuk kecilkan sedikit....aisey nex time kena resizekan photo tersebut kepada saiz kecil sebelum upload kat photobucket. Nak buat macamana gambar dalam h/drive dah delete

Salam Semua.

Mari.. mari.. membeli sambil beramal...

Kurma Yusuf Taiyoob: Safia bertangkai, madu bam, aprikot, teen, dan banyak lagi dijual di http://datesnsuch.blogspot.com. Corporate gifts turut disediakan mengikut bajet dan taste anda...
Thu 13-Aug-2009 21:29
Posted by:Dates 'n Such  - [Link]
salam kak Noor... lama x dengar khabar berita.. ni baru boleh masuk sini lama dah kena blok.... lega rasanya.. dapat la tengok mcm2 resepi kak Noor n p juga kat link lain. qasa mcm dekat walaupun ada d Ipoh. Bila nak mai sini? ti ayu balik raya kita jumka k.... Tue 8-Sep-2009 04:36
Posted by:ayu akalyly@yahoo.com.my
SELAMAT HARI RAYA..... LAZATNYA Thu 17-Sep-2009 01:24
Posted by:mie  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Friday, 29-May-2009 01:23 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
Minggu yang lalu noor telah buat kek ini sempena birthday abang yang ke 45. Masa tu noor deman tapi buat jugak sekadar hiasan yang simple. Maka jadilah kek coklat moist yang di taburi bunga fondant daisy yang sederhana.


Kek ini pulak noor buat untuk di hadiahkan pada anak jiran noor yang birthdaynya pada 26 may yang lalu. Masa buat kek nie deman dan baik pun tu lah boleh buat projek macam nie. Noor masih dalam peringkat pembelajaran sendiri. Jadi hasilnya ok saja asal jadi bunga dan nampak macam bunga kira orait lah. Maklumlah noor tak pernah pergi kelas mendeko ini bukan tak terigin tapi tempat yang nak pergi tu jauh dan jika jauh abang noor tak benarkan keluar daerah.

>>salam...
>>mak ooi gini punyer cantik pada mata temanni bunga22 yang mekartu .. tuler belum belajo beno22.. kalo belajo tak tauler...
>>teruskan usaha...
Thu 9-Jul-2009 02:40
Posted by:cho zila  - [Link]
salam k.noor

lama dah tak singgah umh k.noor...makin cantik lar munga2 atas kek tu
Fri 10-Jul-2009 10:50
Posted by:fiza  - [Link]
salam..
yummy2.. nyum2....
pandai u bt kek tau!!
Sat 18-Jul-2009 13:43
Posted by:big momma ruziawatibukhari@yahoo.com  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Friday, 29-May-2009 00:32 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
View all 6 photos...
Bunga orkid di dalam pasu yang tergantung di depan pagar rumah kembali berbunga. Kali ini buanganya agak besar juga mungkin di sebabkan baja yang khas untuk orkid yang di gunakan. Berbaloi jugaapa pun bunga nie saja yang dapat hidup di laman ku bunga lain semuanya mati. Pernah juga tanam pokok bunga rose sekali berbunga lepas tu mati bukan sekali tanam dah banyak kali tapi nampaknya tak berhasil. Anyway layan le pic orkid ku ini.
manakala yang ini pula masih belum buka lagi.


Gelagat kucing....kucing ini adalah kucing yang merayau di luar tapi anak noor suka beri makan pada kucing nie kiranya sebab tak ada tuan punya maka kami pun mengambil ia sebagai ahli baru . Tapi tak masuk rumah tau sebab noor tak suka bulu kucing dan kucing sekali sebab utama adalah geli dan tak lalu makan kalau ada kucing berkeliaran. Tapi noor suka lihat dari jauh saja kalau yang comel le.
Kucing ini di beri makan Whiskas...tiap tiap kali waktu makan pasti dia ada di depan pintu rumah macam dia tau saja time makan pagi ,lunch dan dinner, 3 kali sehari tau. Hairan juga maklumlah noor memang tak pernah mabil tau mengenai binatang ini...tapi nampaknya dia jenis yang cerdik dan pandai jaga diri.


salam ziarah .. jom tgk kain ela cantik2: chiffon,cotton,silk,etc.. jom beli baju raya!!

http://kainspecialist.blogspot.com
Fri 5-Jun-2009 18:14
Posted by:kainspecialist  - [Link]
Add comment


Friday, 15-May-2009 08:42 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
View all 6 photos...
Dua hari yang lepas memang sibuk ber ekperimen dengan fondant. Best jugak ya,,,,,macam main tanah liat. Zaman kanak kanak dulu selalu jugak main sampai berkaler kaler jari.
Tapi bezanya fondant kali ini dibeli dari kedai sebab saya nak lihat perbezaan yang kita beli dengan fondant yang kita uli. Nampaknya yang di beli lebih kenyal dan berkilat serta halus. Patul lah yang saya buat dulu hasilnya permukaan agak kasar dan tidak sekenyal ini. Hihi banyak yang harus di pelajari. Lihatlah hasilnya ini adalah percubaan kali kedua selepas setahun dulu. (yang dulu fondant buat sendiri )
Nak kata cantik tu tidak juga cuma menjadi saja. Semua design nie saya tiru dari lelaman web sifu sifu di alam cyber ini. Minta ampun dan maaf ye.......
Kek kek ini pulak bila dah siap satu batch kan banyak tu untuk kami tiga orang. So balance kek ini saya packing untuk kawan kawan saya sempena Hari Ibu yang lalu. Waaaa two in one lah.
Inilah kek yang saya buat tu....









Pandan cheesecake ini adalah projek terdahulu masa tu internet down so tak dapat lah saya mengupdate.
Kek ini rasanya ramai orang dah buat ....resepi asal saya dah lupa tapi saya ambil ini dari resepi cik Mat gebu yang terkenal tu. Memang berbaloi sedapnya terutamanya pada pengemar cheesecake. Sebab utama adalah belanja membuatnya agak murah jika di bandingkan dengan resepi lain.



SEDAPNYER..MAKLUM ARR DLM PANTANG TGK APAPUN SEDAP.. Fri 15-May-2009 10:44
Posted by:Zai kuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
sedap nya kek keju pandan tu! mummy belum try lagi... Tue 19-May-2009 07:53
Posted by:mummy jam  - [Link]
Add comment


Sunday, 26-Apr-2009 06:58 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
View all 5 photos...
Kelmarin bawa yon yon pergi kem motivasi di kelab. Ramai juga yang hadir pada sessi itu. Noor pun hantar yon yon sebab sebelum ini memang tidak pernah menghadiri apa apa kem malainkan yang di anjurkan oleh pihak sekolah saja. Memandangkan upsr hanya tinggal beberapa bulan saja lagi.
Gambar kat bawah ini di ambil sekitar kelab.






Time nie dah habis sementara menunggu parent di ruang legar



Quote:

Azfa> insyalaah kita dapat berjumpa nanti. Hari itu memang saya nampak anak awak tapi tak sempat nak sapa sebab dah nak bermula .
Erin>...yelah sejak ada blog saya tak rajin bercerita kat sini tapi saya dah buat keputusan kat sini saya boleh berceloteh saja tapi kat blog tu khas untuk resepi , Apa macam ok tak hihi erin kalau saya kat penang nanti boleh tak saya jumpa awak.,,,,,nanti awak pm saja ye nbr phone .

Salam... anak Kak Noor attend the workshop di Kelab BAndar Laguna yea.. anak saya pun attend juga.. just to bagi some additional exposure..kalau saya tahu, saya pergi tunggu Kak Noor hari tu, boleh kita jumpa.. tapin insyallah kita jumpa juga nanti k.. Tue 5-May-2009 01:02
Posted by:Azfa  - [Link]
Noor pun ada fp jugak.....nanti ada masa erin boleh baca Wed 13-May-2009 10:42
Posted by:erin
Add comment


Thursday, 23-Apr-2009 01:49 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
Rasanya dah lama juga noor tidak update sesuatu di sini . Alkisahnya sebab noor sejak dah ada blogger hihi rasa malas nak cerita benda yang dah basi di sini. Rasanya sama saja tak macam sudah tak ada cerita lain pulak.
Nak tutup fotopages nie terasa sayang pulak, sebab inilah pengalaman pertama bercerita di alam maya rasa macam tak adil le pulak. Tengoklah macam mana nanti hihi.
Kelmarin noor rasa seronok sangat sebab selama ini noor tidak pernah berguru dengan sesiapa melainkan malalui pembacaan dan praktik amalan. Noor bukanlah orang yang pandai tapi masih banyak ilmu akirat yang perlu di pelajari. Atas pelawaaan kakak kakak (kawan kawan) yang senior dariku mengajakku pergi berguru hasrat yang selama ini terpendam akhirnya keluar dengan rela hati. Sesungguhnya noor amat berterima kasih dengan kedua kawanku yang baik hati.
Pertama kali aku melangkah masuk ke rumah guru ku itu hatiku berkata ...adakah aku mengambil langkah yang betul dengan menghadirkan diri . Ternyata bila saatku melangkah masuk ke rumahnya hati menjadi tertawan dengan budi bahasa seorang "guru". Akhirnya perasaan malu yang selama ini di simpan terhakis jua dek keramahan serta budi perkerti dan yang paling penting memahami perasaan seseorang yang ingin mendalami ilmu yang tidak terbeli dengan wang ringgit.
Terima kasih kawan kawanku semuga jasamu Allah saja yang membalasnya.



Ini adalah "mimi" kucing liar yang berkeliaran di luar rumah sejak dari kecil lagi. Kami tidak membela tapi hanya memberi makanan saja sebab noor memang geli pada kucing .Sekadar melihat takut nak pegang dan lintang pukang lari kalau kucing masuk kedalam rumah. Jiran sebelah rumah pun dah tahu kalau noor menjerit tu mesti ada kucing masuk rumah hihi time anak pulak tak ada memang takut. Selalunya kucing ini di layan oleh Yon yon dan abahnya saja






LA.....TAKUT KUCING ERK.... Thu 23-Apr-2009 04:28
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
kucing yang comel.... Thu 23-Apr-2009 12:52
Posted by:mie  - [Link]
Add comment


Friday, 27-Mar-2009 07:18 Email | Share | | Bookmark
Bingka Jagung

 
 
Masa singgah makan di kedai siam hari tu baru terperasaan hiasan luar bangunan kedai peralatan dapur, hiasannya yang pelik sikit. Sebenarnya banyak kali dah lalu di kawasan itu tapi tak ambil kisah. Mungkin kerana perut dah kenyang lepas makan....hah nampak mangkok tandas ini.
Camana ada berani tak nak letak di luar rumah kita sebagai pasu hiasan!!


Dapurku hampir dah siap pun tapi belum di cat lagi. So nampak memang tak elok pun .....kalau di ambil gambar, kesan kesan simenyang harus di tutup dengan undercoat. Walaupun dengan sedikit ubahsuai letih jugak bila nak mengemas kembali barang yang berselerak. Syukur barang semua sekarang sudah tersusun yang tinggal proses mengecat semula dinding yang bertempek simen bahagian tepi tiles.
Kelmarin sempat menyiapkan bingka jagung. Lama dah tak makan bingka sekali sekala hendak juga buat sendiri dapat share dengan jiran sebelah yang kebetulan hari itu menghantar sepinggan nasi tomato. Jadi hari nie dapat noor membalas kembali pinggannya.



Resepi ini di ambil dari MyResepi.

Bingka jagung
Bahan-bahan ( satu loyang )
250gm tepung gandum
2 sdb tepung kastard
250gm gula pasir
400 ml santan pekat
200 ml air
4 biji telur
2 sdb butter - cairkan
sedikit esen vanilla
1-2 titik pewarna kuning
secubit garam
1 tin jagung krim

Cara-cara
Satukan semua bahan kecuali jagung. Adun sebati.
Masukkan pula jagung. Jika anda tidak suka jagung agak kasar, bolehlah kisar sedikit jagung tin ini terlebih dahulu.
Tuang adunan ke dalam loyang yang digris dengan minyak/butter. Bakar pada suhu 180 degree selama lebih kurang 1jam 20min. Jika suka kuih yang lebih garing pada bahagian luarnya, boleh lebihkan masa membakarnya sehingga bahagian tepi berwarna keemasan
.

Quote:

zai > good info tu zai...n kebetulan pulak ari nie baju putih yang akak cuci pagi tadi terkena karat pada steel bar penyangkut tu nanti akak cuba buat . Mangkok tandas tu pulak buat tempat duduk meja makan rasa semacam je..

Kat Hortpark sini bukan aje mangkok tandas yang di gunakan semula untuk ganti pasu, bathtub, periok nasi, kuali etc etc semua digunakan. Pernah mummy share gambar nya kat FP. Mon 30-Mar-2009 09:25
Posted by:mummy jam  - [Link]
salam perkenalan.....

selera tengok bingka jagung tu.........
Tue 14-Apr-2009 05:33
Posted by:Haniss  - [Link]
Salam, jemput singgah ke blog saya, maaf bukan SPAM tapi info tentang 'basikal lipat' yang akan sampai ke Malaysia.Mungkin rakan2 ada yang berminat? Sat 18-Apr-2009 15:56
Posted by:Nazurin  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Friday, 13-Mar-2009 07:36 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
View all 7 photos...
Yang pasti minggu ini dapurku tidak berasap sebab kerja kerja ubahsuai sedang di jalankan.
Mulanya hanya tingkap dapur saja di makan anai anai ..takut ianya melarat kesemua bahagian maka semua pintu pintu terpaksa di ganti dengan aluminium. Letih badan sebab kerja kerja baru saja di jalankan maka terpaksa lah buat kerja mopping berkali kali sebab berpasir.





Yang ini pulak entry yang dah basi......sudah berlalu. Tahun ini akak tak buat birthday kek special hanya buat cupcake serta bingka untuk di antarkerumah jiran sekeliling saja. Hubby hadiahkan kamera baru olympus 10 m saja. Jadilah untuk kegunaan suka suka sebab yang nikon tu agak lama dah so turunkan pada amirul pulak. Dapatlah dia ambil gambar rakan rakan dia.

Ini merupakan hadiah yang di terima dari Kak Norshidah paling awal sekali belum pun masuk tarikh harijadi lagi. Hihi...sebenarnya akak pun dah lama tak jumpa mereka semua. Sebab dah rindu ku entah bila dapat gath bersama kita keluar makan makan.Haha gadjet baru yang comel nie terasa sayang nak guna .satu set yang di perbuat dari kayu dan satu lagi dari plastic bersama kotal bunga mawar dari Ikea.





Ucapan terima kasih di atas ingatan kawan kawan yang setiap tahun mesti meraikan bersama. Pada Kak Wati, Kak Ros, Kak NorShidah, Kak Zai serta Yanie yang paling muda di kalangan group kita. Akak merupakan ahli kedua muda...emmm dah tua jugak.Semuga persahabatan kita kekal dan sentiasa harmonis. Amin....


Quote:

Zai kulim > terima kasih...waaa omen yang pertama dari zai.Akak harap zai sentiasa sihat serta menghitung hari mendatang. Take care ye
Mie> memang pun cantik nie kan seni gitu.
Rinna > duta ulu bendul aka duta jjcm...aha hijau pun menawan ati tapi akak suka kaler merah...pasnie kau lihat tranformasi bukan af7 saja dapur akak pun tukar jangan terkejut warna nya...alang alang tak dapat cari tiles yang sama.hihi .

HYE

Tue 17-Mar-2009 06:39
Posted by:RINNA (duta ulu bendul)  - [Link]
CANTIKNYE DAPUR TILLES KALER HIJAU

MENAWAN
Tue 17-Mar-2009 06:40
Posted by:RINNA (duta ulu bendul)  - [Link]
mmg letih la nk mengemas dapur lps ni....... Wed 18-Mar-2009 14:18
Posted by:baayah  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Sunday, 8-Mar-2009 01:12 Email | Share | | Bookmark

 
 
Buat Kak Noorshidah. Emmmp sempat jugak ke rumah mengantar kek buat akak tersayang. Kak NoorShidah merupakan salah seorang kawan yang baik denganku. Semuga di murahkan rezeki serta kesihatan yang baik serta gembira dengan family tersayang.
Hiasan kek ini saya kopy dari bog cik helikonia saya memang tetarik dengan corak bunga kecil.




cantik kek tu, penuh dengan bunga! Mon 9-Mar-2009 06:43
Posted by:mummy jam  - [Link]
sweet kek ni dgn bunga2 kecil, mesti penerimanya sonok dpt kek ni

cari cuppies di bdr baru bangi, jom layan kat http://zanaz70.blogspot.com
Wed 11-Mar-2009 03:04
Posted by:zanaz zanaz70@yahoo.com  - [Link]
SALAM TUAN UMAH....CANTIK SANGAT KEK TUHH...PENUH DENGAN BUNGA-BUNGAAN.... Fri 13-Mar-2009 05:15
Posted by:AZUE  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Saturday, 21-Feb-2009 10:30 Email | Share | | Bookmark

 
 


Projek petang semalam. Jiran sebelah rumah beri sepokok daun pandan yang hendak di buangnya. Daun pandannya pulak jenis wangi dan tebal daunnya memang berbaloi warna hijaunya yang pekat setelah di kisar dengan sedikit air. dua tiga hari ini telah banyak resepi telah ku cuba buat semuanya mengunakan daun pandan. Petang ini masih tercari cari resepi apa pulak.


Ini yang telah ku potong untuk di beri pada jiran sebelah. Adalah jiran sebelah dan depan rumah aje...
Dan kepada tuan punya resepi ini terima kasih sebab resepi awak sangat best sekali. Sedap dan creamy...kalau nak kira bintang kira tahap lima lah.

Bingka Pandan
Sumber : LindaZA

Bahan-bahan
Gula 250 gm -200gm - for those who prefer less sweet but still ok
4 biji telor
215 gm tepung gandum
50 gm tepung custard
140 gm mentega [dicairkan]
60 gm serbuk santan
1/2 tin susu pekat
850ml air


80ml jus pandan[5 helai daun pandan dikisar bersama 80 ml air]
50 gm bijan
Sedikit pewarna hijau-saya tidak guna perwarna


Cara-cara
Campur semua bahan di atas kecuali bijan.
Adun sehingga adunan tidak berketul-ketul [kalau nak senang masuk dalam blend jer]
Tuang ke dalam loyang yang telah dilengser dengan minyak.
Bakar selama 1 jam pd suhu 180 C. Bila dah setengah jam taburkan bijan di atas kuih dan teruskan proses membakar



Quote:

Dear Sandra > it's at typing error and have update that error. Hope you will try this great recipe

Visit us for TUDUNG EKIN COLLECTIONS!Cantik!Murah!Menawan!

- sesapa nak jadi pemborong kami sgt alu-alukan!Harga Tip Top!!!
- Pos ke seluruh malaysia,sabah,sarawak,singapura & brunei!
- Kain yg berkualit tinggi tetapi murah kerana kami beli secara boronggggg!

visit us!

http://precious-mine.blogspot.com
Sun 1-Mar-2009 16:19
Posted by:Farin preciousminebiz@gmail.com  - [Link]
mengancam abis bingka pandan ni. coz nor kata sedap...terus ku copy and paste kat file ku hehehe

cari kek online dibangi, jom layan http://zanaz70.blogspot.com
Tue 3-Mar-2009 10:38
Posted by:zanaz zanaz70@yahoo.com  - [Link]
Hi,

Your kuih looks delicious. Thks for sharing but i would to know what is the ingredient for the 250g-200g on the first line? Would appreciate if you could translate into english?
Banyak Banyak terima kasih!!!
Wed 11-Mar-2009 16:05
Posted by:Sandra sandraho168@yahoo.com
View all 6 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.